|
KUALA TERENGGANU - Beberapa pengusaha keropok lekor di sini mendakwa mengalami kerugian lebih RM1,000 setiap hari sejak produk itu dikaitkan dengan penyebaran wabak taun Sabtu lalu.
Pengerusi Persatuan Keropok Losong Kuala Terengganu, Suhaimi Ali berkata, penjualan keropok lekor dan keropok keping juga menurun sebanyak 80 peratus.
Katanya, orang ramai masih bimbang meskipun Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hasan memberitahu makanan itu selamat untuk dimakan.
"Kami mengalami kerugian yang besar sejak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi kenyataan bahawa keropok yang berasaskan ikan menjadi antara punca merebak wabak taun.
"Selain itu, tindakan Jabatan Kesihatan negeri memberi notis tutup kedai selama 14 hari juga turut memburukkan lagi keadaan," katanya pada sidang media di sini semalam.
Menurut Suhaimi, setakat semalam, sebanyak lima buah kedai telah diarah tutup setelah produk itu dikenal pasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri ini.
jongkomeng: Keropok lekor yang sedap ni jarang dikait dengan penyakit. Keropok lekor direbus dalam air yang mendidih sehingga mampu mematikan kuman; sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu ia selamat dimakan ketika masih panas. (bila sejuk kuman itu hidup semula ? )
saya rasa bila sejuk, lalat mudah hinggap pada keropok lekor tersebut (kalau tak ditudung). bukan sebab kuman mati hidup balik. sebab tu makanan kena tudung.
ReplyDelete