Wednesday 30 September 2009

Kanser daripada sotong kering


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.


jongkomeng: Walaupun liat, 'lengoh keng' mengunyah nya, sotong kering memang sedap. Namun berita ini menggemparkan kita. Kepada penggemar sotong kering nampak gaya kena berhenti lah memakannya...Bagaimana dengan sotong kering yang dibuat sendiri ?

Friday 25 September 2009

Masjid terbiar port penagih


Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my

TANAH MERAH - Masjid 'bertukar' jadi sarang maksiat dan jenayah.

Kenyataan ini pasti akan mengundang kemarahan masyarakat tetapi itulah hakikat yang berlaku selama ini di Masjid Kampung Gobek, di sini yang terbiar usang sejak 16 tahun lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, segelintir masyarakat yang tidak mengenal erti dosa dan pahala mengambil kesempatan menggunakan rumah suci itu sebagai lubuk mereka untuk melampias nafsu syaitan.

Seorang penduduk, Mohd. Adam Mohd. Noor, 21, berkata, dia bersama-sama rakan-rakannya kerap terserempak dengan beberapa remaja berkumpul di dalam bangunan itu tanpa diketahui apa tujuannya.

"Dah nampak macam satu pesta dalam masjid itu. Lelaki dan perempuan bercampur dan memasang bunyi muzik yang kuat. Saya syak mereka menagih dadah dan melakukan maksiat," dakwanya.

Rakannya, Aidi Adha Musthapa, 25, turut menyokong pendapat itu dengan menganggap perbuatan maksiat dan aktiviti penagihan dadah di masjid usang tersebut bukan perkara baru.

Menurutnya, kesan seperti lilin, jarum suntikan mahupun kondom yang telah digunakan merupakan aksesori biasa yang ditemui penduduk di bangunan itu.


jongkomeng: Persoalannya ; mengapa masjid itu terbiar selama 16 tahun? Adakah kerana telah ada masjid baru ? atau tok imam mati, tiada orang yang ganti ? Mengapa ahli kariah 'tunggu dan lihat' saja apa yang berlaku disitu?

Thursday 24 September 2009

Lembu korban runtuhan sampah


Tuesday 22 September 2009

Taman Anggur Tasik Kenyir bakal dibuka


KUALA TERENGGANU - Selepas cuba membiakkan spesies ikan keli gergasi Mekong Giant Catfish, sebuah taman anggur pula bakal diwujudkan di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pokok-pokok anggur itu dijangka mula ditanam penghujung tahun ini di kawasan seluas kira-kira 10 hektar di sekitar kawasan tasik buatan manusia itu.

Menurutnya, tanaman itu bagaimanapun bukan bertujuan untuk dieksport tetapi sebagai satu tarikan baru pelancongan di negeri ini selain bagi keperluan domestik.

"Anggur yang diusahakan di Thailand sangat berjaya, kenapa kita tak boleh buat? Malah di Perlis dan Negeri Sembilan pun ada anggur.

"Saya yakin kita boleh berjaya, masalahnya sekarang yang tak berjaya sebab kita ambil benih anggur dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, ia tak sesuai dengan kita (iklim) sedangkan teknologi di Thailand sangat maju ke depan dan kualiti buahnya sama," katanya.


jongkomeng:Beberapa tahun lepas pernah satu syarikat perladangan di Setiu cuba menanam anggur tapi tak berjaya. Harap2 projek ni berjaya dan menjadi tarikan pelancong. Jangan pula nanti (kata orang kampug) "mahal tali daripada kerbau".

CARA 'SAMBUT' HARI RAYA ??

Sejuta tonton filem Jin Notti


KUALA LUMPUR: Hampir sejuta penonton menyaksikan filem yang dinanti-nantikan sempena Aidilfitri, Jin Notti pada hari pertama tayangannya di 70 pawagam di seluruh negara, kelmarin.

Ketua Pemasaran dan Peruncitan KRU Studios, Ayu Ramli berkata syarikatnya mensasarkan satu juta penonton pada hari pertama dan yakin sasaran sudah dicapai.

Beliau juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem yang antara lainnya dibintangi Mawi, Farah Fauzana dan Cat Farish.

Jin Notti adalah kisah seorang jin perempuan yang baik hati dan jujur menyebabkan semua jin marah terhadapnya kerana sikapnya itu bagaikan melanggar etika jin. - Bernama


jongkomeng: Bagi sesetengah 'manusia': hari raya...dating dengan pakwe/makwe, makan2, tengok wayang...maka 'bermaknalah' hari raya tahun ini.

Friday 18 September 2009

MAT INDON BALIK KAMPUNG


jongkomeng: Kemeriahan 'balik kampung' bersempena Hari Lebaran lebih hebat di Indonesia, berbanding Malaysia. Kabarnya di Bandung jalanraya jem sampai 12km ! Lihat saja fotonya, puluhan ribu mat motor menunggu utk menaiki feri menuju dentinasi masing2.

Hajat Wook bertemu suami tertunai


KUALA LUMPUR - Hasrat warga emas, Wook Kundur, 106, untuk menjenguk suaminya Mohd. Nor Che Musa di Pusat Serenti Sungai Besi (Persada) sejak suaminya ditangkap awal Julai lalu menjadi kenyataan semalam.

Wook yang tiba di Persada pada pukul 10 pagi dibawa ke bilik lawatan sebelum kakitangan Persada membawa Mohd. Nor kepadanya.

Pertemuan pasangan istimewa itu berlangsung dalam suasana sayu apabila Wook terus memeluk erat suaminya sebaik sahaja bertentang mata dan terus menangis.

Turut hadir Adeela Zulfakar yang bertanggungjawab membawa Wook dari Terengganu dan dua rakannya, Azlina Resad, 28, dan suaminya, Mohamad Azril Ahmad, 33.

Tidak sempat Mohd. Nor memulakan bicara, Wook terus bertanya suaminya kenapa tidak mahu berpindah ke Besut.

"Bukan tidak mahu pindah...lepas raya nanti baru balik, banyak yang kena belajar di sini,"jelas Mohd. Nor kepada Wook.

Wook yang terdiam sejenak kemudiannya meminta Mohd. Nor pulang segera kerana tiada siapa mahu menjaganya (Wook) dan hanya bergantung harap padanya.


jongkomeng: seronoknya dapat jumpa orang yang tersayang....

Thursday 17 September 2009

Wook ke KL jumpa suami tersayang


HULU TERENGGANU - Wook Kundur, 106, kecewa kerana suaminya, Mohd. Nor Che Musa, 38, enggan berpindah dari Pusat Serenti Sungai Besi (Persada) ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Besut, Terengganu.

Sehubungan itu, bagi mengubat kerinduan terhadap suaminya itu, Wook meneruskan hasrat untuk bertemu suaminya dan mungkin menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur selepas bertolak ke ibu kota semalam.

Warga emas itu dijemput dengan sebuah kereta Proton Perdana berwarna kelabu yang dipandu oleh seorang ahli perniagaan, Adeela Zulfakar, 28, bersama dua rakannya di rumah Wook di Bukit Tok Bat, Kuala Berang pada pukul 1.30 petang sebelum bertolak dua jam kemudian.

"Tok rindu sangat dengan Nor tetapi dia pula tidak mahu balik. Dia sudah jumpa kekasih lain kot," katanya ketika ditemui Kosmo!

jongkomeng: Begitulah kesetiaan dan kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi...

Wednesday 16 September 2009

'Rasul Melayu' beraya di lokap

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF, NORHAYATI YAHAYA dan SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
berita@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, 59, bakal beraya di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengeluarkan waran tahanan ke atasnya sehingga tarikh perbicaraan 7 Oktober ini.

Malah, dia yang turut didakwa atas kesalahan mempersendakan agama Islam perlu hadir ke mahkamah pada 24 September depan bagi memperbaharui waran tahanan itu sehingga tarikh perbicaraan tersebut.

Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd. Hamid ekoran tindakan tertuduh mengingkari arahan untuk hadir ke mahkamah walaupun beberapa kali waran tangkap dikeluarkan sejak tiga tahun lalu.

Dalam hujahnya, Abdul Shukor berkata, selain mengingkari arahan mahkamah sebelum ini, kehadiran tertuduh semalam juga adalah disebabkan dia ditangkap oleh pihak penguat kuasa ketika sedang berpindah di Sungai Long, Kajang.

"Kes ini sudah memakan masa terlalu lama iaitu melebihi tiga tahun dan mengikut rekod kami, 19 Julai lalu adalah tarikh akhir untuk tertuduh datang ke mahkamah tetapi selepas itu tertuduh tidak hadir walaupun banyak waran tangkap dikeluarkan," katanya.


jongkomeng: Nabi/rasul palsu bukan perkara baru ia bermula semenjak Pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, Abu Bakar as-Sidiq (ra). Pada masa itu Abu Bakar as-Sidiq memerangi mereka.

Yang sedihnya, ada juga manusia yang tertipu dengan ajaran 'Nabi/rasul palsu'....

Lulusan STAM boleh masuk IPTA

(gambar hiasan)


PUTRAJAYA -
Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berikutan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

jongkomeng:Berita baik bagi adik2 kita yang sedang belajar di Sekolah Agama

Friday 11 September 2009

Juara dunia disahkan khunsa


SYDNEY - Hasil ujian yang dilakukan terhadap juara dunia acara 800 meter wanita dari Afrika Selatan, Caster Semenya mendapati dia merupakan seorang khunsa, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Satu sumber yang mengetahui keputusan ujian itu berkata, Semenya memiliki organ seks lelaki dan wanita tanpa mempunyai rahim atau ovari.

Atlet wanita itu menjadi kebanggaan Afrika Selatan selepas dia memenangi pingat emas acara 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman baru-baru ini dengan catatan masa 1 minit 55.45 saat iaitu yang terpantas pada tahun ini.

Bintang berusia 18 tahun itu membuat kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Janeth Jepkos-Gei dengan kelebihan hampir dua setengah saat pada penampilan pertamanya dalam kejohanan bertaraf dunia.

Spekulasi bahawa Semenya seorang lelaki tercetus berikutan catatan masa itu dibuat ketika usianya masih muda.

Otot dan suaranya yang garau turut mencetuskan persoalan bahawa dia mungkin bukan seorang wanita.

jongkomeng: Patut la 'minah' ni laju lariannya, tengok pada fizikal badannya pun tak berapa perempuan..lihat lah tubuhnya yang berotot tu...kes mcm ni Islam ada peneyelesaiannya. Dia boleh memilih nak jadi lelaki/perempuan berdasarkan 'alat kelamin' mana yang lebih berfungsi.

Thursday 10 September 2009

BANTUAN UNTUK NELAYAN

(gambar hiasan)


KUALA SELANGOR 10 Sept. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengkaji untuk memberikan semua kemudahan yang dinikmati nelayan laut kepada 4,800 nelayan sungai dan tasik di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, kemudahan itu termasuk elaun sara hidup bulanan RM200, insentif pendaratan ikan 10 sen setiap kilogram dan subsidi diesel.

Beliau berkata, kajian peringkat awal mengenai perkara itu telah selesai.

Menurut beliau, antara negeri yang mempunyai ramai nelayan sungai dan tasik ialah Pahang, Perak, Selangor dan Sarawak.

‘‘Kita melakukan kajian kerana menerima banyak permohonan daripada para nelayan sungai dan tasik yang mahu kemudahan tersebut memandangkan mereka turut menyumbang kepada industri perikanan..

(selanjutnya:utusan online)

jongkomeng: Adalah didapati ramai juga nelayan2 pantai yang tidak mendapat bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Mungkin mereka tidak mendapat maklumat tentang cara2 untuk memohon bantuan tersebut. Yang musykilnya tidak ada pula 'pegawai2' yang datang membanci dan mencari mereka.

Sunday 6 September 2009

MAKHLUK TAK SAMPAI SERU ?

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan yang dibuka sehingga matahari terbit dan menjadi tumpuan termasuk pengunjung beragama Islam untuk berseronok sambil khayal di bawah pengaruh dadah akhirnya diserbu juga.

Pihak polis yang telah lama mengawasi pusat hiburan karaoke ala mini disko tiga tingkat yang dikenali sebagai Laiketong di Taman Maluri, Cheras, itu atas dakwaan ia menjadi sarang penagih dadah sintetik.

Dalam serbuan pukul 7.30 pagi semalam, seramai 118 pengunjung yang majoriti daripadanya mabuk dan khayal, telah diperiksa serta berakhir dengan 37 orang ditahan selepas didapati positif dadah jenis ketamin, syabu dan eramin 5.

Daripada jumlah itu, seramai 21 orang adalah wanita termasuk tiga warga Indonesia dan Laos.

Turut diperiksa ialah sekumpulan 14 pegawai dan anggota polis yang kebetulan sedang berhibur di pusat berkenaan.

Serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang dketuai oleh Asisten Supritendan Mahani Mohamed.

Ketika serbuan beberapa pengunjung cuba lari melalui bumbung dan mengunci diri dalam premis berhampiran, namun usaha itu gagal apabila taktik mereka dihidu polis, yang bertindak memecah pintu premis untuk memberkas mereka.


jongkomeng: Umat Islam dianjurkan berqiamullail sepanjang ramadhan yang berkat dan penuh rahmat. Tetapi apalah erti ramadhan bagi 'mereka'.. bagi segelintir manusia mereka juga berjaga malam, tapi untuk berhibur dan membuat maksiat....

Saturday 5 September 2009

Kudung jari sebelum sambut raya


(gambar hiasan)

KUALA TERENGGANU - Musim orang ramai kudung anggota badan akibat bermain mercun sempena Hari Raya Aidilfitri sudah bermula.

Akibat kreatif tidak bertempat, Wan Amirul Faiz Wan Abdullah, 14, hilang jari manis, hancur sebahagian jari hantu dan telunjuk serta patah ibu jari tangan kanan gara-gara mercun buatan sendiri.

Kejadian berlaku pada 9 pagi semalam di Kampung Binjai Rendah, Marang ketika dia dan

beberapa rakan serta adiknya menggunakan belerang merc

un bola dan menyumbatnya ke dalam botol minyak gamat.

Bagaimanapun, belerang yang melekat pada tangannya disambar api menyebabkan berlaku letupan sehingga cebisan kulit dan daging jari Wan Amirul melekat pada baju rakannya.

(gambar hiasan)

Menurut kakak mangsa, Wan Nor Shafira, 22, kejadian disedari apabila mangsa pulang sambil menangis dan menunjukkan tangan kanannya yang cedera parah.

jongkomeng: Main mercun bukan budaya Islam. Tapi peliknya setiap kali nak raya segelintir masyarakat islam akan membeli dan bermain mercun. Ada ibu bapa yang 'mengajar' anak2 kecil bermain bunga api, agaknya sebab itulah perkara yang tak ada faedah malah memudharatkan ini nampaknya sukar untuk dibendung.

Friday 4 September 2009


Makan di restoran Cina - Suami isteri ditangkap tidak puasa alasan tidak makan sahur

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taib berkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.

"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.

"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.

Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.

jongkomeng: Rasulullah SAW bersabda: Mafhumnya 'rugilah bagi orang2 yang tidak diampunkan dosanya setelah berakhirnya ramadhan'