Friday 31 July 2009

INFO TAYAR

Sumber: kosmo online

jongkomeng: Tayar jenis ini tidak sesuai digunakan di negara kita, kerana ia direka untuk negara yang bersalji.

Thursday 30 July 2009

H1N1: Empat sekolah di Pahang pula ditutup

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

KUANTAN - Sebanyak empat buah sekolah dengan 3,288 pelajar di negeri ini ditutup sehingga Ogos ini selepas lapan pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di sini semalam.

Arahan itu membabitkan 1,220 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, 680 pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.

"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.


jongkomeng: Ya Allah, selamatkan kami daripada wabak penyakit ini.

Thursday 23 July 2009

85 peratus lokasi sekolah berbahaya




SHAH ALAM - Kajian mendapati 85 peratus daripada 9,586 sekolah kebangsaan dan menengah di seluruh negara dikategorikan sebagai berbahaya kerana terletak di tepi jalan raya utama.

Keadaan itu mengakibatkan lebih lima juta murid dan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Sim Say Kiong berkata, hasil kajian sehingga Oktober tahun lalu mendapati kebanyakan jalan raya di kawasan sekolah sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.

Keadaan tersebut, jelasnya, menyebabkan pelajar yang berjalan kaki untuk melintas jalan menuju ke sekolah pada setiap hari persekolahan sentiasa 'bergadai nyawa' semata-mata untuk sampai ke kawasan sekolah.

"Pembangunan pesat dengan pertambahan projek-projek naik taraf bagi sesebuah kawasan khususnya berdekatan sekolah menyebabkan aliran lalu lintas di hadapan sekolah semakin tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya 'SafetyThon' di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 (SKBK2) di Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini semalam.


jongkomeng: Sekolah-sekolah yang baru dan akan dibina hendaknya berada di kawasan yang selamat.

Wednesday 22 July 2009

Insentif khas untuk guru cemerlang BI


SEREMBAN - Kerajaan sedang mengkaji insentif khas untuk guru bahasa Inggeris (BI) daripada kategori cemerlang yang bersetuju berpindah untuk berkhidmat di kawasan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pada masa sekarang elaun khas sudah dibayar kepada guru bahasa Inggeris tetapi insentif itu akan diberikan kepada guru cemerlang BI yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar.

"Kita nak bagi insentif seperti tempat tinggal... memang ada guru-guru yang berminat, inilah guru yang sedia berkorban," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Malaysia di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, kerajaan mahu menghantar guru-guru terbaik ke kawasan pedalaman dengan mencontohi program di Australia yang dikenali sebagai Teach Australia di mana guru negara itu menyahut cabaran dan diberikan insentif khas untuk mengajar anak-anak bangsa di kawasan pedalaman.

Muhyiddin menambah, kerajaan akan memastikan keselesaan guru-guru yang mahu bertukar ke luar bandar ini terjamin bagi membolehkan mereka berada di kawasan itu selama mungkin.

Katanya, Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira 13,000 guru terlatih BI untuk dihantar ke kawasan luar bandar menjelang tahun 2012 apabila strategi memperkukuhkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mula dilaksanakan.


jongkomeng: Kita merasa hairan dengan Kementerian Pelajaran ni, Guru Bahasa Inggeris saja kah yang berkorban untuk keluar bandar ni ? Guru2 lain macam mana ? Dasar2 yang dibuat selalunya ada 'double standart' .Sepatutnya adillah kepada semua guru bila sesuatu dasar dilaksanakan.



Friday 17 July 2009

Bapa solat Jumaat, anak jatuh flat

PULAU PINANG - Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang ditinggalkan bapanya di rumah bersendirian ditemui mati di pekarangan flat Taman Kembar Permai, Teluk Kumbar di sini dipercayai selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan itu.

Nor Qistina Aidani Johari yang ditinggalkan bapanya untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran ditemui mati oleh penghuni flat itu pada pukul 2.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah kerana ibu kanak-kanak itu, Siti Aida Abdul Wahab yang bekerja sebagai ejen insurans keluar bekerja.

"Bapa kanak-kanak itu, Johari Halim yang bekerja sebagai operator kilang bercuti hari ini (semalam) dan berada di rumah sebelum meninggalkan anaknya bersendirian untuk pergi ke masjid," katanya ketika dihubungi.

Katanya, kanak-kanak malang itu meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala serta badan dan bapanya yang baru pulang dari solat Jumaat hampir pengsan melihat mayat anaknya yang berlumuran darah di pekarangan flat itu.

jongkomeng: Antara sebab gugurnya kewajipan solat jumaat;

a: Bencana alam.(hujan lebat, banjir, tanah runtuh dll).
b: Terdapat halangan dalam perjalanan (sesuatu yang bahaya)
wallahu-a' lam

Thursday 16 July 2009

BERHATI2 GUNA KAD KREDIT

Rokok 'termahal' di dunia berharga 17 digit

MANCHESTER, New Hamsphire 16 Julai - Seorang lelaki di sini yang membeli sekotak rokok menggunakan kad debitnya terkejut besar apabila akaun kad debitnya menunjukkan jumlah 17 angka.

Josh Muszynski menyedari perkara itu ketika memeriksa akaun dalam taliannya beberapa jam selepas membuat pembelian tersebut dan terkejut apabila melihat akaunnya mencatatkan 17 angka, AS$23,148,855,308,184,500 (RM82,700,834,377,553,520).

Muszynski berkata, dia telah menghabiskan masa hampir dua jam berurusan dengan Bank of America melalui tetefon bagi menyelesaikan 'masalah digit' tersebut dan bayaran overdraf sebanyak AS$15 (RM53.60) yang dikenakan ke atasnya.

Bank berkenaan kemudian membuat pembetulan kepada masalahnya itu keesokan harinya dan memaklumkan bahawa hanya pengeluar kad, Visa, yang dapat memberi penjelasan berhubung masalah yang dihadapinya itu.

Pihak Visa, sebaliknya pula menyatakan bahawa Bank of America yang patut berbuat demikian.- AP


jongkomeng: Dalam zaman orang 'percaya' kepada 'teknologi komputer' ni macam2 boleh berlaku. Sebab itu 'teknologi' yang tidak dikendalikan dengan baik akan menyusahkan manusia.

Friday 10 July 2009

BATAL SOLAT JUMAAT ?

URUMQI - Pihak berkuasa China semalam mengarahkan beberapa buah masjid di sini tidak melaksanakan solat Jumaat berikutan keganasan di wilayah Xinjiang itu yang kini sudah meragut 156 nyawa.

Tindakan itu dipercayai bagi mengelak perhimpunan besar-besaran penduduk Islam di masjid-masjid yang dikhuatiri bakal membangkitkan emosi penduduk etnik Uighur yang beragama Islam.

"Masjid-masjid diarah tutup untuk memastikan keselamatan semua pihak.

"Penduduk perlu berada di rumah dan bersolat," kata seorang pegawai masjid Yang Hang di sini.

Di luar masjid, orang ramai berhenti untuk membaca notis pembatalan solat Jumaat.

"Kenapakah masjid ditutup kerana semua yang mengunjunginya ialah orang Islam. Ia akan selamat. Kami tidak ada kuasa," kata seorang wanita.

Di satu kawasan berhampiran, seorang wanita daripada etnik Han mengganggu wartawan asing yang sedang bercakap dengan dua wanita minoriti Islam Uighur.

"Masjid perlu ditutup. Lihat sahaja kemusnahan yang dilakukan. Ini adalah langkah patriotik untuk kebaikan semua pihak," kata wanita etnik Han itu.

Di Masjid Liudaowan, seorang imam, Memeti Imam Damala berkata, masjid itu menerima notis pembatalan solat Jumaat kelmarin.

Keganasan di Urumqi bermula pada Ahad lalu setelah penduduk etnik minoriti Uighur bertempur dengan pihak polis dalam satu demonstrasi aman kerana membantah kematian rakan-rakan mereka dalam satu pergaduhan.

Keganasan itu kemudian menular dan menyebabkan etnik Uighur bertempur dengan etnik Han di jalanan. - AP

Wednesday 8 July 2009

PPSMI MANSUH 2012


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda mereka.

Muhyiddin berkata, Kabinet juga meluluskan cadangan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak ia dimulakan pada 2003,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.


jongkomeng: Berita ini tentu menggembirakan ramai pihak, namun tak kurang juga yang bersedih. Apa-apa pun kita mengharapkan ' jangan jadikan anak kecil sebagai bahan ujikaji'. Selepas ini kita hendaknya terus memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu, tanpa meminggirkan kepentingan bahasa inggeris, bahasa arab dan lain-lain.

Friday 3 July 2009

KUATERS OH KUATERS

70 penghuni kuarters JKR Salak Selatan menderita

Thursday 2 July 2009

'Kita masih selamat' - 48 lagi mangsa baru selesema babi dicatatkan dalam masa 24 jam




KUALA LUMPUR - Walaupun jumlah kes selesema babi terus meningkat kepada 244 kes semalam dengan 48 lagi mangsa baru, Malaysia dianggap masih negara yang selamat untuk aktiviti di tempat awam dan tumpuan pelancong.

Alasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ialah tahap kawalan pandemik berkenaan di negara ini masih baik berbanding sesetengah negara pembawa wabak.

Katanya, inisiatif Kementerian Kesihatan menguatkuasakan tindakan kuarantin ke atas para pelancong adalah wajar dan bukan bertujuan untuk menyusahkan mereka.

"Kita telah adakan dialog dengan pengusaha pelancong dan mendapat kata sepakat untuk terus menarik pelancong asing,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Mengenai saranan kerajaan Arab Saudi yang meminta warga tua, golongan sakit dan kurang sihat menangguhkan hajat untuk menunaikan haji, Tiong Lai berkata, kerajaan tidak menghalang rakyatnegara ini untuk berkunjung ke negara berkenaan.

Ditanya sama ada perlu institusi pengajian tinggi (IPT) ditutup bagi mencegah penularan wabak di dalam kampus, Tiong Lai menegaskan, ia tidak boleh dilakukan melainkan ada kes jangkitan tempatan.


jongkomeng: Kita boleh berusaha dan berikhtiar, yang menentukan keselamatan, kesejahteraan, keamanan adalah ALLAH SWT. Ya Allah selamatkan kami dari segala bala dan bencana, amin.