Thursday, 19 November 2009

PENGORBANAN IBU

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi


SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.

Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.

Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.

Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.

"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas.

jongkomeng: Pengorbanan ibu tidak mengenal batas, harta benda, masa, tenaga dan wang ringgit; asalkan anak2 berjaya dan bahagia... itulah kepuasan bagi mereka.

3 comments:

  1. Buanasuara ucap 'tahniah' kepada ibu Siti Norfarah Hanim.

    Begitu juga pada Siti Norfarah dan Muhammad Nabil -syabas.

    Kepada yang bergelar YB dikawasan masing-masing tengok dan jeling-jelinglah kebajikan mereka ini.

    Sesuai dengan sabda Rasulullah
    "Bila berjanji suatu perjanjian, maka janganlah anda memungkirinya"

    Ingat masa kempen Pilihanraya dahulu. Inilah masanya. Jangan tunggu waktu pilihanraya Kecil baru bergegas kesana kemari menunjukkan diri dengan lakonan kononnya rakyat didahulukan.

    ReplyDelete
  2. Monolinto Mantoya,
    aku setuju apa yang dipaparkan, berbaloi penat lelah siibu dek menunaikan tanggungjawabnya. Tapi yang x berbaloi bila selak di sebalik tadbir pihak sekolah dan yang menguruskan UPSR tu. Dah 10 tahun soalan "bocor" dan terkini "jawapan bocor" pulak. Nak bangga ape Ustad Manaf oooii, bagus macam di Telupid dulu, visrus ni x ada langsung. Kita sebenarnya tipu bangsa,agama dan negara kita sendiri. Taubatlah..

    ReplyDelete
  3. Nik amir,

    ambo setuju benar tu...

    Mahali,

    he...3x, nak wat guano...masing2 nak 'glamour'..

    ReplyDelete