Tuesday 23 February 2010

Campur arak untuk sedapkan masakan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.

“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.

“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.

jongkomeng: Kat negara orang Islam pun orang islam kena tipu, apatah lagi di negara2 'luar'.

Thursday 18 February 2010

PENDIDIK YANG TIDAK TERDIDIK

Isteri curang, suami pitam

Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my
2010/02/18

KAJANG: Luluh dan hancur hati seorang suami apabila mendapati isterinya berkhalwat dengan seorang lelaki di Pangsapuri Kenanga View, awal pagi semalam.

Isteri berkenaan yang juga seorang guru sekolah rendah berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 45 tahun yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kira-kira jam 3.30 pagi.


Anggota penguat kuasa Jais terpaksa memecahkan pintu selepas pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan sanggup berkurung hampir setengah jam walaupun pintu diketuk beberapa kali.

Pasangan berkenaan yang berpakaian lengkap, ditahan anggota penguat kuasa Jais ketika berada dalam sebuah bilik di kediaman itu.


Turut bersama dalam operasi itu, dua anggota dari Balai Polis Kajang dan beberapa penghuni di pangsapuri berkenaan selepas dikatakan tidak mahu bersekongkol dengan perbuatan mungkar pasangan itu.


Suami wanita itu yang berusia lingkungan 60-an dan enggan dikenali berkata, dia yang turut bersama dalam operasi terbabit hanya mampu menahan kemarahan dan hampir pitam sejurus melihat isterinya berada bersama lelaki lain.


“Selama ini, saya hanya mengesyaki isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan selepas melihat sendiri kecurangannya di depan mata, hati saya begitu geram. (LANJUT)

jongkomeng: Patut la budak2 sekolah sekarang suka 'mengepong' (istilah bdk2 felda) sebab 'tokguru' depa pun buat gitu...



Sunday 14 February 2010

ULANG TAYANG KALI KE 'BERAPA ENTAH..' ??

Guru baru wajib mengajar di pedalaman


SEBAHAGIAN penerima anugerah pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009 bergambar bersama Mohd. Puad (tengah) di Balik Pulau, Pulau Pinang


BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

jongkomeng: Isu ni dah lama dah...cumanya orang yang ada hubungan dengan 'orang tertentu' tak payah pergi punya. Yang pergi pedalaman guru yang tak ada nak 'mengadu' kat sapa-sapa. Bukan setakat 3 tahun depa kat sana berpuluh tahun malah berbelas tahun pun ada. Kalau perkara ini betul2 dilaksanakan baguslah tu...

Thursday 11 February 2010

Scorpene tidak boleh menyelam



KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di pangkalan Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia di Pulau Indah, Klang pada September tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya.


jongkomeng; Rasanya baru lagi kita bergembira menyambut 'ketibaannya'. Kapal selam tak boleh menyelam ibarat lelaki patah 'dayung'. Tapi tak apa, tentu masih dalam 'gerenti' suruh depa baiki balik.

Tuesday 2 February 2010

SUAMI 'MALANG', ISTERI LAGI 'MALANG'

Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri


Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu.


MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

jongkomeng: Suami malang kerana didera oleh isteri, manakala isteri lebih malang kerana mendera dan menderhaka kepada suami.