Sunday 31 May 2009

ISTIMEWANYA PEROKOK

Kawasan khas perokok di lobi


KUALA LUMPUR – Wujudkan kawasan khas bertutup bagi perokok di hotel jika Kementerian Kesihatan bercadang mewartakan lobi hotel sebagai kawasan larangan merokok.

Itulah cadangan Khatijah Abdul Rahman, 40, yang bersetuju dengan syor tersebut yang disifatkan sebagai satu langkah proaktif bagi memelihara kesihatan rakyat terutama mereka yang tidak merokok.

Katanya, rata-rata hotel sememangnya membenarkan para pengunjung bebas merokok tetapi senario itu sebenarnya memudaratkan tetamu hotel yang tidak merokok khususnya kanak-kanak.

“Jadi wujudkan tempat khas bagi mereka yang merokok supaya ia tidak menjejaskan pengunjung hotel lain,” katanya ketika ditemui semasa tinjauan Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang membayangkan untuk mewartakan dua lagi kawasan baru larangan merokok iaitu tambahan kepada 20 kawasan yang telah diwartakan sebelum ini.

Dua kawasan baru itu ialah lobi hotel dan ruang pejabat yang berhawa dingin.

Menurut Tiong Lai, cadangan itu selaras dengan perhatian serius kerajaan terhadap kesihatan warga kerja terutama pekerja wanita dan pekerja yang tidak merokok.

Dalam pada itu, tinjauan ke beberapa lobi hotel bertaraf lima bintang di sekitar ibu negara semalam mendapati masih ramai pengunjung hotel merokok tanpa sebarang halangan di kawasan lobi.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.


jongkomeng: itulah masalahnya, kena wujudkan tempat 'khas' konon utk mengatasi masalah. Bila remaja merempit, kita kata sediakan tempat 'khas'. Bila manusia suka berjudi, sediakan tempat 'khas'. Masalah utama tak selesai juga, sedangkan perbelanjaan yang banyak telah digunakan. Jadi fikir2 kanlah........ 

Thursday 28 May 2009

Had 10 subjek mulai 2010

NILAI - Setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, serentak dengan itu, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem penggredan SPM.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan menjadi lebih khusus,'' katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek semalam.

Katanya, daripada setengah juta calon SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 mengambil lebih daripada 10 subjek.

Menurut beliau, dasar baru ini akan mengatasi masalah sesetengah subjek yang kekurangan guru sementara ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek untuk kelas tuisyen anak-anak.

Muhyiddin mula membangkitkan cadangan mengehadkan bilangan subjek untuk SPM pada 21 Mei lalu dengan penekanan memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang dalam SPM.

Beliau pada waktu itu dilaporkan berkata, ada mata pelajaran yang diambil tidak diajar di sekolah, sebaliknya di kelas tuisyen.

(sumber: kosmo online)

jongkomeng: Nampaknya 'pak menteri' dah keluarkan kenyataan. Sepatutnya benda ni dikaji dengan mendalam. Tanya pendapat persatuan guru, ibubapa, dan murid itu sendiri. Sekiranya ibubapa dan murid sanggup tentunya tidak menimbulkan masalah. Kalau nak dihadkan pun yang eloknya 12-15 MP.

Friday 22 May 2009

Hadkan SPM kepada 10 mata pelajaran

KUALA LUMPUR - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran sahaja.

Itulah angka yang ideal kepada tokoh akademik, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim apabila merujuk kepada cadangan kerajaan untuk mengkaji mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan tersebut.

"Mereka (pelajar) sekarang belajar macam robot, tak ada masa untuk berfikir kerana asyik menghafal.

"Ini bukan teknik sebenar untuk belajar kerana peperiksaan bukanlah untuk menguji ingatan tetapi sejauh mana pelajar faham dan berhujah menerusi jawapan yang diberi,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu mungkin dibuat kerana amalan membenarkan calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk pemilihan bagi biasiswa kerajaan.

Kay Kim menyokong cadangan kajian itu kerana bimbang pelajar yang dibebani dengan terlalu banyak mata pelajaran akan hilang fokus terhadap aktiviti lain termasuk kokurikulum.

Seorang lagi tokoh akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat, jumlah A dalam peperiksaan bukan kaedah terbaik menentukan tahap kecerdasan pelajar.

"Kecemerlangan juga diukur melalui banyak aspek lain termasuk penglibatan dalam aktiviti di sekolah,'' katanya.



jongkomeng: Kita pun pening dengan karenah 'orang besar'. Dulu boleh, sekarang nak kaji pulak. Pada ambo, murid yang ambil 20 MP ni tak ramai. 99.9999% ambil 7-12 MP, jadi tak payahlah nak pikir sangat.

Orang yang mengusai lebih banyak bidang ilmu sudah tentulah lebih cemerlang berbanding dengan orang menguasai lebih sedikit bidang ilmu. Itu sifir mudahnya...

Thursday 21 May 2009

MAKAN ANGIN


Flora fauna Mini Zoo Kemaman


MEMASUKI minggu ketiga pembukaannya, Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Terengganu semakin menggamit kehadiran ramai pengunjung.

Dengan keluasan kawasan 35 ekar, zoo itu adalah hasil gabungan taman buah-buahan, taman herba semula jadi, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai dan habitat semula jadi kunang-kunang terbesar di Terengganu.

Terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandar Cukai, zoo itu menawarkan pelbagai tarikan dan pengalaman menyeronokkan pada hujung minggu.

Antara tarikan utama destinasi tersebut termasuklah taman tema air, jambatan gantung, akuarium, melihat kunang-kunang di Sungai Yak Yah dan pelbagai jenis burung.

Tidak ketinggalan, pengalaman menunggang gajah dan menaiki trem mengelilingi kawasan zoo.

Untuk kemudahan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan atau mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, dua buah bas disediakan di destinasi terpilih untuk membawa mereka ke zoo.

Destinasi persinggahan bas tersebut termasuklah Stesen Bas Cukai, KCP Jalan Lebai Saras dan Awana Kijal.


(SUMBER: kosmo online)

jongkomeng: Berjalanlah di atas muka bumi ciptaan Allah dan ambillah iktibar daripadanya....

Saturday 16 May 2009

Buah tembikai dilelong RM18,455

TOKYO - Mangsa terbaru kegawatan ekonomi di Jepun kini ialah buah tembikai Yubari yang rasanya manis tetapi dijual pada harga mahal.
Dua buah tembikai Yubari dilelong di bandar raya Sapporo, utara Jepun pada harga AS$5,200 (RM18,455).
Walaupun mahal, ia lebih murah daripada harga lelongan yang dicatatkan sebelum ini pada tahun lalu.
Harga lelongan buah itu pada tahun lalu ialah $26,000 (RM92,285) dan pada 2007 buah tersebut dilelong pada harga $21,000 (RM74,530).
Harga itu menjadikan ia sebagai tembikai paling mahal ketika kegawatan ekonomi dunia melanda dunia.
Buah tembikai itu seberat 3.6 kilogram dan pada setiap tahun pembeli akan datang ke pasar itu untuk cuba membida pada harga yang terbaik.
Buah tembikai yang berwarna oren itu hanya ditanam di bandar Yubari di utara Hokkaido. - AP

jongkomeng: 2 biji tembikai RM18,000. Ada 100 biji kaya...

Thursday 14 May 2009

Lawat rumah mayat untuk insaf

KUANTAN - Pelaku maksiat akan dibawa melawat ke rumah mayat sebagai salah satu program tarbiah yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi kesedaran kepada mereka.

Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, usaha tersebut lebih berkesan daripada mewajibkan mereka menjalani kuliah atau penerangan yang bertujuan memberi kesedaran dan keinsafan.

"Kalau boleh kita hendak mereka lihat sendiri keadaan orang yang meninggal dunia dan biar mereka sedar bahawa hidup di dunia bukan untuk berseronok semata-mata, sekurang-kurangnya mereka rasa takut nak buat maksiat lagi," katanya ketika melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat di Dewan JAIP di sini, semalam.

Ghazali menegaskan, selain rumah mayat, mereka juga akan dibawa menziarahi pesakit kronik di hospital dan rumah orang tua bagi meningkatkan kesedaran.

jongkomeng: Bagus juga cadangan ini, suatu masa dulu ada sebuah sekolah yang 'menanam' pelajar nakal kedalam 'kubur'. Dengar cerita pucat lesi budak tu...

Saya ada dua cerita benar,

kes 1: terjadi kpd 'kawan' saya, semasa dia koma (kerana kemalangan) dia mendapat gambaran buruk. Bila sedar, dia insaf dan taat kepada perintah Allah. Namun lama kelamaan dia mula lupa dan kembali kepada tabiat lama. (tinggal solat dan buat maksiat)

Kes 2: terjadi kepada jiran saya, sewaktu bangun dari tidur dia dapati langit bergulung2. Dia insaf dan taat kepada perintah Allah dan alhamdulillah ketaatannya masih berkekalan.

Wallahuaklam...

Friday 8 May 2009

Saintis cipta serban kalis peluru


LONDON - Sekumpulan saintis di United Kingdom sedang mencipta serban kalis peluru bagi kegunaan anggota-anggota polis lelaki berbangsa Sikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Jika serban kalis peluru itu berjaya dicipta, anggota-anggota polis Sikh akan dibenarkan untuk membawa senjata api.

Ketika ini, anggota polis Sikh dilarang menyertai pasukan penembak dan pasukan pencegah rusuhan kerana kepercayaan agama mereka melarang penganutnya menanggalkan serban untuk memakai topi kalis peluru.

Serban kalis peluru itu akan diperbuat daripada bahan Kevlar.

Penciptaan serban kalis peluru itu menjadi keutamaan kerana terdapat lebih 2,000 pegawai Sikh dan kakitangan polis di Britain.

Naib Pengerusi Persatuan Polis Sikh, Inspektor Gian Singh berkata, bahagian penyelidikan polis sudah memulakan usaha bagi mencari bahan yang sesuai untuk mencipta serban kalis. - Agensi


jongkomeng: Serban sikh diiktiraf dilondon. Serban yang menjadi sunnah nabi kepada orang Islam, tidak 'dipelihara' oleh orang Islam.

Thursday 7 May 2009

APAHAL PULAK NI...?


Cimpanzi cuba rogol wanita disiasat polis


MOSCOW - Polis Rusia sedang menyiasat seekor cimpanzi yang cuba merogol seorang pekerja zoo wanita, Valentina Kirilova, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kirilova yang berada dalam ketakutan terpaksa melawan cimpanzi itu setelah ia tiba-tiba cuba menyambarnya ketika dia memberi sebiji pisang di Zoo Rostov di Rusia.

"Saya banyak meluangkan masa bersama haiwan itu tetapi tidak pernah terlintas bahawa seekor cimpanzi yang kesunyian melihat saya sebagai objek seksual," kata Kirilova.

Cimpanzi yang bernama Otello itu mematahkan pergelangan tangan penjaga zoo itu ketika ia menyambar Kirilova masuk ke dalam kurungan sebelum menyerang mangsa.

Wanita itu menjerit menyebabkan beberapa pekerja lain bergegas memisahkan haiwan itu daripada mangsa.

"Apabila saya cuba memberikannya sebiji pisang, cimpanzi itu menyambar tangan saya dan menarik saya ke dalam kurungan dan cuba merogol saya," jelasnya.

Kirilova kemudian menerima rawatan kerana mengalami trauma manakala polis menyoal beberapa kakitangan zoo bagi mengetahui bagaimana kejadian itu boleh berlaku. - Agensi


jongkomeng: Binatang pun ada 'perasaan'? . Binatang dibekalkan sifat 'tabie' oleh Allah swt; makan, minum, berak dan mengawan sesama mereka. Macam mana pulak cimpanzi ni boleh bertiindak cuba merogol manusia??...wallahu'alam.


Sidang DUN Perak kacau-bilau




Gambar2 dari kosmo online.

jongkomeng: .....fikir sendiri la....

Friday 1 May 2009

Lelaki misteri perangi jenayah di AS


CINNCINNATI - Seorang lelaki yang memakai satu sut pakaian yang berumur 21 tahun mengisytiharkan perang terhadap jenayah dan ketidakadilan di Cinncinnati, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu menggelar dirinya sebagai Shadow Hare tetapi identiti sebenar dirinya masih tidak diketahui.

Bagaimanapun, dia memberi amaran kepada penjenayah-penjenayah bahawa mereka tidak ada lagi tempat untuk bersembunyi.

Lelaki itu merayau-rayau di jalanan dengan membawa gari, alat penyembur lada dan pistol taser yang dibenarkan di AS.

Dia menganggap dirinya sama seperti watak Superman dan Batman.

Dia berkata: "Saya sudah membentuk gabungan dengan Mr. Extreme di San Diego dan kami akan memerangi perogol."

Dia merujuk Mr. Extreme sebagai rakan yang mempunyai misi yang sama dengannya.

"Kami akan membantu melaksanakan undang-undang yang membolehkan kami melakukan perbuatan yang sah di sisi undang-undang," katanya.

Dia pernah cedera dua tahun lalu ketika cuba membantu seorang wanita yang diserang oleh penjenayah.

Apa yang diketahui setakat ini adalah dia pernah didera ketika di zaman kanak-kanak dan membesar di rumah kebajikan. - Agensi


jongkomeng: Misteri apa pulak, amerika banyak hero, batman, superman spiderman..macam2 man. Yang ni...salah satu darinya la, baru keluar dari tempat persembunyiannya. Di malaysia pun patut ada hero macam ni.