Saturday 30 January 2010

TIADA CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI ???

Sekolah, guru dilarang tambah cuti Aidilfitri

Oleh Zainuddin Muhammad
bhkt@bharian.com.my

PPD tolak permohonan berlandaskan arahan pekeliling

KUALA TERENGGANU: Mungkin disebabkan kesilapan kecil, tetapi ketiadaan cuti peristiwa sekolah sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini menyebabkan pentadbir sekolah dan guru kebingungan untuk mendapatkan cuti berkenaan.

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran pada 21 Disember 2009 dan boleh diakses di laman web www.moe.gov.my., sekolah di seluruh negara dibenar mengambil cuti peristiwa tahun ini untuk perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan (Sabah dan Labuan) dan Hari Gawai (Sarawak). (LANJUT)

jongkomeng: Dengan ini sekolah2 yang cuti jumaat dan sabtu, akan mengganti 3 hari persekolahan. Sekolah2 di Kelantan, Terengganu yang tidak ada murid/guru kaum cina mereka tidak perlu 'bercuti' untuk Tahun Baru Cina. Jadi apa rasionalnya mereka tidak mendapat cuti peristiwa untuk Hari Raya Puasa..?


Friday 29 January 2010

Surat saman dalam 48 jam

Surat saman dalam 48 jam - 1,000 kamera kesan pesalah trafik mula beroperasi pada Ogos ini


KAMERA AES (dalam bulatan) di Jalan Travis, Bangsar ini adalah antara 1,000 unit yang akan berfungsi mengesan pesalah trafik mulai Mei ini.


PUTRAJAYA - Mulai Ogos ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik terutama memandu laju dan melanggar lampu isyarat akan menerima saman yang dihantar terus ke alamat mereka dalam tempoh 48 jam selepas kesalahan itu dikesan.

Tindakan itu akan dilaksanakan apabila pengunaan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) dikuatkuasakan, yang membolehkan gambar wajah pemandu dan nombor plat kenderaan mereka dirakam terus melalui teknologi radar kamera itu.

Maklumat yang dirakam itu akan dihantar terus ke pusat kawalan yang akan memprosesnya bagi penghantaran saman kepada pesalah dalam tempoh 48 jam, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh.

jongkomeng: Molek juga tindakan ini, yang tentunya melibatkan perbelanjaan yang agak besar juga. Yang lebih penting kerajaan mendapat dua kebaikan: pertambahan hasil dan 'mengurangkan' kesalahan jalanraya. Dengan kata lain dapat mendidik pengguna jalanraya supaya mematuhi undang2.

Molek juga kalau kamera ini dipasang pada ' premis maksiat', selain untuk menyaman mereka, dapat pula mencegah mereka daripada melakukan maksiat.....

Persaraan Pilihan Penjawat Awam Diluluskan Dengan Syarat

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata bayaran selebihnya akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan kerajaan, tetapi tidak melampaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib.

Katanya bagaimanapun wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen.

Dalam satu kenyataan Jumat, Ismail menjelaskan bahawa ganjaran yang dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada kerajaan telah dijelaskan.

"Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak daripada GCR, jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, bakinya akan ditolak daripada pencen pesara sehingga selesai," katanya.

Ismail berkata kelonggaran boleh diberikan atas sebab anggota atau ahli keluarganya memerlukan rawatan perubatan (berdasarkan surat akuan bertulis oleh pegawai perubatan Kerajaan), anggota atau ahli keluarganya memerlukan perbelanjaan pendidikan (berdasarkan surat tawaran dan penerimaan pengajian) dan anggota yang memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan (berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang).

Sekiranya anggota bersetuju dengan syarat bersara itu, mereka hendaklah mengisi dan mengemukakan Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan, katanya.

"Memandangkan kelulusan permohonan persaraan pilihan bagi pegawai perkhidmatan awam negeri dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Surat Lampiran B bagi mereka hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) ketika permohonan faedah persaraannya dihantar, manakala permohonan pengecualian syarat penangguhan sekiranya ada hendaklah dicatatkan di atas surat yang sama untuk pertimbangan JPA," katanya.

Sekiranya pesara meninggal dunia sebelum menerima ganjaran sepenuhnya, baki ganjaran akan dibayar serta-merta kepada orang tanggungannya seperti ditafsirkan dalam Peraturan 15 (2),Peraturan-Peraturan Pencen 1980 atau Peraturan 13(2) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 iaitu balu atau duda; anak; balu atau duda dan anak; atau ibu kepada anggota yang mati atau sekiranya ibu mati, bapa tanggungannya.

Bagi anggota yang ingin supaya baki ganjaran tersebut dibayar kepada selain daripada orang yang dinyatakan, beliau hendaklah mengisi surat akuan seperti di Lampiran C (untuk pesara beragama Islam) atau lampiran D (untuk pesara bukan beragama Islam) dan surat itu hendaklah dikemukakan kepada JPA bersama dengan dokumen permohonan faedah persaraannya.

Ismail berkata syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan dengan persaraan pilihan itu hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan pada dan selepas 1 Feb tahun ini.

"Semua persaraan pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Feb 2010 walaupun tarikh kuat kuasa persaraannya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya," katanya.



-- BERNAMA

Sunday 24 January 2010

Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai; K'jaan Negeri Campurtangan...


KUALA TERENGGANU: Cerita mengenai pontianak mengamuk dan berkeliaran di sebuah kampung di Kuala Ibai sehingga mencetuskan satu fenomena seram memaksa kerajaan negeri campurtangan dengan berkata pembangunan negeri itu akan terbantut sekiranya rakyat asyik bercakap mengenai hantu.

Timbalan Pengerusi Penerangan dan Agama Negeri, Muhammad Ramli Nuh ketika berkata demikian menegaskan, kepercayaan karut seperti itu tidak akan membawa rakyat Terengganu ke hadapan.

Katanya, ia juga akan menjejaskan hasrat dan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan minda dan pemikiran rakyat ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

"Kalau iya sekali pun pontianak tu wujud, biarkanlah dia berkeliaran dan tumpukan perhatian kepada pembangunan diri, minda dan negeri," tegas beliau.

Malah menurut beliau, mereka yang menyebarkan cerita pontianak mengamuk ini sebenarnya tidak ada kerja lain yang hendak dibuat dan patut mendaftarkan diri mereka dalam kelas-kelas agama atau menjalankan kerja-kerja yang lebih berfaedah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian seram yang dikatakan melanda seluruh masyarakat Kampung Tok Adis dekat sini minggu lalu yang gempar dengan cakap-cakap kehadiran pontianak pada waktu malam.

Para penduduk kampung berkenaan mendakwa kehidupan mereka telah terganggu oleh kehadiran pontianak sejak majlis gotong royong membersihkan kubur dilakukan, Isnin lalu.

Khabar angin mengenai kehadiran pontianak di kampung itu telah menjejaskan aktiviti harian masyarakat malah berita mengenainya telah tersebar ke seluruh negeri.


jongkomeng: Di kawasan situ ada satu Pusat Pengajian Islam, serah pada mereka tentu beres...

Friday 22 January 2010

PENJAWAT AWAM LEGA...

JPA Nafi COLA, ITP Ditarik Balik

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam. Mstar online

jongkomeng: Tentu ramai kawan2 dalam perkhidmatan kerajaan lega dengan berita ini....

Thursday 21 January 2010

Pegawai memerintah KD Inderapura didakwa


KD Sri Inderapura yang musnah dalam kebakaran telah dilucutkan pertauliahan di Pangkalan Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.


LUMUT - Bekas pegawai memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera di sini Isnin ini berhubung kejadian kebakaran melibatkan kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 8 Oktober lalu.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar kecil) berkata, pegawai tersebut akan menghadapi dua pertuduhan dan perlu bertanggungjawab terutama dalam menentukan aset hak milik negara selamat.

Ujarnya, TLDM boleh menerima hakikat kebakaran tersebut tetapi bukan 'kehilangan' kapal itu.




"Sebagai contoh, kemalangan jalan raya boleh berlaku tetapi kita tidak boleh terima apabila melibatkan kehilangan nyawa kerana ia menunjukkan banyak kelemahan.

"Begitu juga dengan kejadian ini kerana ia menunjukkan kurang latihan, sistem tidak beroperasi dengan baik atau anggota tidak menunjukkan semangat yang tinggi," katanya.







jongkomeng: Kemalangan: tiada siapa pun yang menginginkan. Kecualilah ada yang sengaja mencipta kemalangan. Contohnya letak minyak, paku atas jalan raya. Satu lagi atas faktor kecuaian, tayar 'botak' keluar tali tak tukar juga. Atas 2 faktor itu; kesengajaan dan kecuaian maka tindakan patut dikenakan kepada individu tersebut. Setelah prosedur dipatuhi maka bila berlaku kemalangan terimalah sebagai takdir. Islam tidak menerima 'kalau'. Contoh; kalau pakcik tua tu tak makan rambutan, dia tidak mati tercekik biji rambutan.

Wednesday 20 January 2010

SAYANGKAN ANAK TANGAN2KAN, SAYANGKAN GURU..??

Ibu pelajar tampar guru


INILAH Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di mana seorang guru Matematik ditampar oleh ibu seorang pelajar tingkatan satu kelmarin.


KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.


jongkomeng: Kepada guru-guru jangan menampar anak murid kelak anda akan ditampar.

Tuesday 19 January 2010

RAKYAT MALAYSIA 'YANG KREATIF'

Kereta diubah suai jadi stesen minyak bergerak

PADANG BESAR 19 Jan. – Pelbagai taktik digunakan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan daripada langkah kerajaan menguatkuasakan peraturan pembelian terhad petrol dan diesel di kalangan warga asing.

Di sempadan tanah air, kegiatan menyeludup dan menjual petrol serta diesel subsidi ke negara jiran, mendorong pemilik kereta mengubah suai kenderaan - menambah tangki tambahan di tempat duduk belakang.

Tangki yang dimuatkan dalam kereta jenis Ford Laser itu mampu memuatkan 1,000 liter petrol atau diesel pada satu-satu masa.

Pemilik kenderaan tersebut menjadikan keretanya sebagai stesen minyak bergerak untuk memasarkan bahan api berkenaan kepada pemilik kenderaan di negara jiran.

Helah itu dilakukan setelah kerajaan tidak lagi membenarkan mana-mana kenderaan asing yang ingin balik ke negara asal mereka mempunyai muatan tangki melebihi 20 liter minyak subsidi, mulai 9 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, tindakan pemilik ‘stesen minyak bergerak’ itu bagaimanapun terbongkar apabila kereta tersebut ditemui ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Titi Tinggi di sini semalam.

“Sepasukan polis yang membuat rondaan di sebuah stesen minyak di Titi Tinggi kira-kira pukul 12.10 malam itu, menghampiri sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran polis, pemandunya melarikan diri. Pemeriksaan mendapati kereta tersebut telah diubah suai dengan menyediakan tangki minyak tambahan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Che Man tidak menolak kemungkinan kereta itu digunakan sebagai stesen minyak bergerak
atau berfungsi menjadi kenderaan pemunggah bahan api ke stesen minyak haram bagi memenuhi permintaan pasaran gelap, khususnya pemilik kenderaan negara jiran

jongkomeng: Segelintir Rakyat malaysia suka jadi 'usahawan yang cepat kaya'. Seperti skim cepat kaya, jual benda 'haram', jual barang subsidi, jual binatang exotic dan mcm2 lagi.

Monday 18 January 2010

NUTP Minta Garis Panduan Jelas Berhubung Isu Penugasan Semula Guru


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diminta menyediakan garis panduan yang jelas berhubung isu penugasan semula guru-guru bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam proses penukaran seseorang guru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berkata pihaknya menerima aduan terdapat segelintir guru besar atau pengetua mengambil kesempatan untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai atau guru bermasalah di sekolah masing-masing.

Walaupun masih di peringkat awal pelaksanaan penugasan semula, NUTP telah menerima sejumlah 10 aduan di mana antara lima dan enam daripadanya membabitkan kes salah guna kuasa guru besar, katanya pada sidang media di pejabat NUTP di sini semalam.

"Masalah besar timbul apabila berlaku penyalahgunaan kuasa di mana guru besar atau pengetua mengambil peluang untuk menukarkan guru sesuka hati sehingga menyebabkan berlakunya penganiayaan," katanya.

Selain salahguna kuasa disebabkan penugasan semula guru, NUTP turut menerima aduan berhubung bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh guru yang diarah berpindah dalam tempoh satu atau dua minggu, terutama bagi mereka yang telah berkeluarga dan menetap serta mengajar di sesebuah sekolah untuk tempoh 10 hingga 15 tahun, katanya.

Beliau berkata ada juga guru mengadu ditukarkan ke sekolah yang terlalu jauh sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa dua jam ke tempat kerja setiap hari.

"NUTP mencadangkan supaya pampasan bulanan diberikan kepada guru-guru berkenaan seperti insentif yang ditawarkan kepada mereka yang sanggup bertugas di kawasan pedalaman," katanya.

Sehubungan itu, Hashim meminta kementerian turut memantau proses penugasan semula bagi memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan lebih sistematik.

Hashim berkata perkara itu juga harus dilaksanakan secara berperingkat dan berhati-hati dengan mengambil kira faktor kemanusiaan seperti kepakaran seseorang guru yang telah mengajar sesuatu subjek sejak sekian lama.

"Kita mencadangkan supaya guru yang belum berkahwin atau mereka yang boleh dikategorikan sebagai 'young family' atau baru berkahwin dan tidak mempunyai anak yang ramai, ditukarkan terlebih dahulu di bawah redeployment guru ini," katanya.

Selain itu, katanya, setiap pertukaran haruslah dilakukan berdasarkan keperluan subjek di sesebuah sekolah dan setiap kekosongan mesti diisi dengan segera. - BERNAMA


jongkomeng: Memang akan berlaku Guru Besar/Pengetua akan mengambil peluang menukarkan guru2 yang tidak 'sebulu' dengan mereka. Kalau rumah guru jauh dari sekolah maka 'produktivi' guru tersebut menurun. Kelas tambahan tak dapat hadir, aktiviti ko-kurikulum tidak sempurna. Maka guru tersebut di'gam' lagi oleh Guru Besar/Pengetua sekolah baru. Ada 'peluang' kena tukar lagi....

Sunday 17 January 2010

Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat

Raja yang menjadikan kami Rakyat Kelantan merasa bersykur dan bangga. Alhamdulillah, Allah anugerahkan kami seorang Raja yang beragama dan prihatin rakyat.

Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali. Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan. Berita lanjut di sini.

Friday 15 January 2010

NASIB 'SI MISKIN'

Beras murah habis


YUSUFF (kiri) meninjau sebuah kedai runcit yang kehabisan stok bekalan beras ST15 di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Masalah kesukaran untuk mendapatkan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini kembali menghantui orang ramai dan terbaru melibatkan penduduk di Kedah apabila bekalan beras itu dikatakan sudah tidak terdapat di pasaran sejak sebulan lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail mendakwa, tinjauan pihaknya di beberapa daerah di negeri tersebut mendapati, bekalan beras ST15 itu sudah tidak ada di pasaran.

"Kita mendapat maklumat mengenai masalah ini daripada orang awam dan kami melakukan tinjauan di beberapa daerah seperti Sik, Kulim, Baling dan Kota Setar dan mendapati memang beras ST15 tiada langsung di pasaran," katanya.

Menurut Yusuff, beliau difahamkan masalah itu berlaku disebabkan pembahagian kuota bagi beras ST15 yang tidak mencukupi oleh pihak Kawal Selia Padi.


jongkomeng: Kalau minyak kerajaan tetapkan orang kaya tidak dapat harga subsidi, agaknya beras pun kena buat mcm tu juga ke..? Bukan apa, utk memastikan orang kaya tidak membeli beras murah yang di 'makan' oleh orang miskin.

Thursday 14 January 2010

BUMI 'SAKIT''

Ribuan dipercayai mati di Haiti - Gempa bumi kuat dalam tempoh lebih 200 tahun


SEBUAH kereta rosak teruk manakala beberapa bangunan runtuh di Porta-au-Prince kelmarin.


PORT-AU-PRINCE – Ribuan orang dipercayai terbunuh dalam gempa bumi kuat di Pulau Haiti dengan kekuatan 7.0 magnitud kelmarin.

Istana Presiden Haiti turut runtuh manakala sebuah bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tumbang di sini dalam kejadian gempa bumi paling kuat dalam tempoh lebih 200 tahun.




Presiden Haiti, Rene Preval dan isterinya terselamat dalam malapetaka tersebut.

Pusat gempa ialah 16 kilometer dari bandar Port-Au-Prince.

Kira-kira empat juta penduduk tinggal di bandar itu dan kawasan sekitarnya.


ORANG RAMAI melihat Istana Presiden Haiti yang kukuh runtuh akibat gempa bumi kuat di Port-au-Prince kelmarin.


Beberapa gegaran susulan turut berlaku semalam.

Duta Haiti ke Amerika Syarikat (AS), Raymond Alcide berkata menerusi satu temu ramah dengan stesen televisyen ABC di Washington berkata: “Jika sebuah bangunan seperti Istana Presiden yang kukuh boleh tumbang, kemusnahan akan menjadi lebih besar kerana banyak bangunan dibina tidak mengikut spesifikasi di sekitar Port-au-Prince,” katanya.




Beberapa pegawai PBB berkata, komunikasi terputus dan cara terbaik untuk berkomunikasi dengan penduduk di pulau tersebut ialah dengan menggunakan telefon satelit.

Setakat ini angka kematian sebenar masih belum diketahui. – Agensi


DERETAN gambar menunjukkan kemusnahan di kawasan perumahan Petionville (kanan) dan mangsa-mengsa yang terselamat dari runtuhan bangunan di Port-au-Prince kelmarin.


jongkomeng: Bumi yang kita diami ini sudah semakin tua, manusia kalau dah tua sakit pinggang, sakit lutut dan macam2. Bumi ini pun selalu 'sakit', tanda2 ia hampir 'mati'.

Sunday 10 January 2010

SENI ATAU 'KELUMAYANAN' ?

1,000 cuba nasib uji bakat AF8


PARA peserta mendaftar untuk sesi uji bakat pertama AF8 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


INGIN POPULAR. Walaupun sudah masuk musim kelapan, populariti program realiti televisyen, Akademi Fantasia 8 (AF8) ternyata masih mendapat sambutan sehingga menarik kehadiran lebih 1,000 peserta untuk program uji bakat sulung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Bagi Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, sambutan uji bakat yang memberangsangkan itu menjadi bukti aura AF masih kuat.

Antara yang mencuba nasib ialah bekas peserta Mystarz LG musim ketiga, Noor Shahida Jamaluddin atau Sha, 20, yang baru tersingkir pada konsert minggu keenam program itu baru-baru ini.

Turut kelihatan ialah kekasih Salima AF4, Ahmad Alif Afiz Tirmizi, 24, yang pernah menyertai Mystarz LG musim pertama.

Sesi yang sama akan diadakan di The Zon, Johor Bahru (16-17 Januari), Plaza Gurney, Pulau Pinang (16-17 Januari), Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22-24 Januari), Hotel Merdeka Palace, Kuching (23-24 Januari) sebelum kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30-31 Januari.


jongkomeng: Agak-agak kalau diadakan 'ujibakat' imam dan bilal, sampai ke 500 yang hadir ??

Friday 8 January 2010

Akhbar Norway siar semula kartun Nabi Muhammad




OSLO - Akhbar Norway, Aftenposten semalam menerbitkan semula kartun Nabi Muhammad S.A.W. yang dilukis oleh Kurt Westergaard (gambar).

Sebelum ini, Westergaard menjadi mangsa percubaan membunuh oleh seorang lelaki di Denmark.

Dalam satu artikel di akhbar itu, ia menyiarkan satu daripada 12 kartun yang dilukis oleh Westergaard iaitu seorang pelukis kartun Denmark.

Kartun itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia apabila akhbar Jyllands-Posten menyiarkannya buat kali pertama pada 2005.

Pada 2 Januari lalu, seorang lelaki Somalia menceroboh rumah pelukis itu dengan menjerit untuk membalas dendam sebelum anggota polis menembak dan menangkapnya.

Menurut editor akhbar itu, Hilde Haugsgjerd, penyiaran kartun itu dianggap wajar kerana ia merupakan punca kejadian tersebut berlaku. - AFP

jongkomeng: Depa ni bukannya ada sifat 'saling menghormati'. Di akhirat nanti, jangan pula depa kata tidak diberi peringatan.

Wednesday 6 January 2010

MENAMBAH DERITA PALESTIN

Askar Mesir maut di Gaza


SEJUMLAH penduduk Palestin membaling batu ke arah anggota-anggota keselamatan Mesir di Rafah, Genting Gaza semalam.


GAZA - Seorang askar Mesir terbunuh manakala empat penduduk Palestin cedera dalam satu pertempuran bersenjata semalam semasa satu perhimpunan diadakan bagi membantah pembinaan tembok antipenyeludupan di sempadan Gaza.

Keganasan itu merupakan yang paling serius melibatkan pentadbiran Mesir dan pasukan Hamas sejak Kaherah mula membina tembok besi bawah tanah sebulan lalu bagi mengekang penyeludupan senjata dan barangan melalui terowong-terowong bawah tanah ke Gaza.

Di sempadan Mesir, beberapa pegawai keselamatan berkata, askar berusia 21 tahun itu maut terkena tembakan yang dilepaskan dari bandar Rafah di sebelah Palestin.

Saksi-saksi di Gaza memberitahu, beberapa anggota polis Hamas melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Mesir.


Beratus-ratus penduduk Palestin keluar bagi membantah pembinaan tembok itu yang digelar sebagai 'tembok maut'.

Beberapa saksi menyatakan berpuluh-puluh penunjuk perasaan membaling batu ke arah askar-askar Mesir yang kemudian melepaskan tembakan sehingga mencederakan empat penduduk Palestin. - Reuters


jongkomeng: Kalau kita tidak 'dapat' membantu meringankan beban orang lain, janganlah pula kita menambah beban mereka...di akhirat nanti apa jawapan kita dihadapan Allah SWT.

Friday 1 January 2010

TAKUT HUKUMAN DUNIA

Gadai nyawa elak tangkapan khalwat


KEADAAN wanita yang sanggup bergadai nyawa semasa cuba mengelak ditangkap khalwat di Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.


ANGGOTA penguat kuasa JAIP menarik seorang wanita yang cuba bersembunyi
di luar bilik sebuah hotel dalam Operasi Insaf di Kuantan semalam.


Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.

jongkomeng: Manusia lebih takut hukuman / undang2 dunia daripada 'hukuman' akhirat; sedangkan hukuman akhirat tidak terbanding azabnya dengan hukuman dunia.