Friday 30 January 2009

ARAK IBU MAKSIAT 3

Kosmo online

31.1.2009

BUTTERWORTH - Seorang penumpang bas warga Vietnam yang dipercayai mabuk bertindak melarikan kenderaan itu tatkala ia ditinggalkan oleh pemandu untuk solat Jumaat dengan enjin masih hidup berhampiran Masjid Jamek Alor Merah, di sini semalam.

Tindakan nekad lelaki berkenaan yang mungkin mendapat dorongan tujuh lagi rakan senegaranya dalam bas RapidPenang itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila ia terbabas hanya selepas memandu sejauh 50 meter.

Bas itu kemudian melanggar tiang elektrik, melepasi sebatang parit dan merempuh dinding sebuah rumah kayu sewaktu penghuninya, Oh Kack Ching, 83, sedang tekun menguli tepung membuat mi sanggul yang ditempah pelanggan.

Dia bagaimanapun hanya terkejut besar dan tidak cedera.

Sebaik kemalangan berlaku, lelaki warga Vietnam itu bersama seorang rakannya sempat melarikan diri manakala enam lagi ditahan polis.

jongkomeng: Peringatan kepada pemandu2, matikan enjin kereta/kenderaan anda apabila keluar sebentar kerana perkara yang tidak terduga boleh berlaku dimana2 saja.

Tinggalkan sidang kerana sikap Presiden Israel

DAVOS - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin bertindak meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza.

Dalam situasi dramatik di Davos, Erdogan berjalan melintasi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan beberapa anggota panel lain.

"Saya tidak fikir akan kembali ke Davos selepas ini setelah anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Erdogan.

Beliau turut mengkritik para pegawai delegasi antarabangsa dan ketua korporat kerana memberi tepukan gemuruh terhadap ucapan emosi Peres yang mempertahankan tindakan Israel membunuh lebih 1,300 penduduk Gaza.

Turki adalah antara beberapa buah negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan sebelum ini pernah memohon kepada PBB untuk menyertai misi pengaman Asia Barat.

"Saya sangat dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang anda katakan kerana hakikatnya ramai penduduk (Gaza) mati," jerit Erdogan kepada Peres sebelum dihalang oleh moderator.

Ki-moon meminta Israel untuk menamatkan sekatan terhadap Gaza dan meminta Hamas menamatkan keganasan serta memperbaharui usaha dunia Arab untuk menyatukan kembali beberapa kumpulan Palestin.

Sementara itu di Gaza, Erdogan menerima pujian daripada penduduk Palestin kerana tindakannya memulaukan Peres.

Penduduk Gaza yang mendiami kem pelarian Jebaliya mengibarkan bendera Turki di tapak runtuhan masjid yang musnah dibedil Israel.

Erdogan turut disambut sebagai wira oleh sebahagian besar penduduk apabila beliau tiba di Turki selepas menghadiri forum ekonomi dunia itu. - Agensi

jongkomeng: Ketua-ketua negara lain pun patut mencontohi Erdogan (PM Turki), biar israel tahu tindakan mereka tidak mendapat sokongan dunia.

Israel tidak merasa apa2 kerana ramai pemimpin negara-negara di dunia menyokong mereka.

Thursday 29 January 2009

BESIAR-SIAR DENGAN BERBOGEL

Satu pasangan berjalan dalam keadaan bogel selama 15 minit di Holland Village di sini yang terkenal sebagai lokasi kelab malam.

Seorang pengurus pub, Terence Chia memberitahu akhbar Straits Times, dia melihat pasangan itu menanggalkan pakaian pada malam Sabtu lalu di satu anak tangga flat di Holland Village.

"Pasangan itu berjalan dengan selamba ke arah pasar dengan pakaian di tangan mereka.

"Terdapat lebih 200 orang di situ dan mereka merakamkan gambar.

"Setiap wanita sibuk merakamkan gambar mereka dan orang ramai bersorak, bersiul dan bertepuk tangan bagai nak gila," katanya.

Polis berkata, pasangan itu yang terdiri daripada lelaki keturunan Kaukasia dan wanita etnik Cina berumur dalam lingkungan 20-an kemudian ditangkap tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.

Di bawah undang-undang Singapura, jika disabitkan kesalahan, mereka akan dikenakan denda AS$1,300 (RM4,662), penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya.

Seorang blogger, Leonard Tan menulis dalam satu laman blog: "Mereka dilihat selesa berjalan di jalan raya yang menyebabkan ramai merenung pasangan itu.

"Singapura kini menjadi lebih menarik." - Reuters

jongkomeng: Inilah peliknya manusia, bila disuruh tutup nak dibukanya. Kalaulah ramai manusia jadi macam ni, kedai-kedai kain, butik-butik habis bangkap.

Monday 26 January 2009

Tolak jodoh ustaz

Oleh HISHAM IDRIS dan NURUL IZZA ROSLYberita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Tolak ustaz untuk pilih lelaki Bangladesh!
Itulah pengakuan pelajar tahun tiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, (gambar) kepada bekas majikannya sebelum dia menghilangkan diri.
Pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Hamdan itu berkata, Nor Syuhada yang bekerja sebagai juruwang pernah mengadu dia akan dijodohkan dengan rakan abangnya yang sama-sama menuntut di Mesir tetapi gadis itu menolak mentah-mentah pilihan keluarganya itu.
Hamdan memberitahu, Nor Syuhada begitu menyukai Rauf dan apabila ditunjukkan gambar, lelaki itu kelihatan kacak bagaikan pelakon Bollywood.
“Saya juga lihat dia tidak lekang dengan telefon bimbit untuk hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) walaupun ketika berada di kaunter juruwang,” kata Hamdan.
Sementara itu, dua minggu sebelum melarikan diri dengan Rauf, Nor Syuhada pernah memberitahu rakan karibnya bahawa dia mahu mengahwini lelaki tersebut.

jongkomeng: Pada zaman sebelum sekarang, 'para bapa' berebutkan ustaz nak dijadikan menantu. 'Para gadis' tersipu malu bila berdepan ustaz. Namun zaman dah berubah.........

Sunday 25 January 2009

PERINGATAN

Jangan jual kereta bersama geran

REMBAU – Jika perlu jual kereta yang telah rosak teruk (total loss) kepada bengkel kenderaan, jangan serahkan sekali geran.
Itu antara cadangan bagi membendung kegiatan sindiket curi kereta yang ada hubung kait dengan kereta total loss atau kenderaan yang dikategorikan sebagai barang buangan, kata Hanif Mualud (gambar).
Beliau yang berpengalaman selama 24 tahun dalam bidang insurans memberitahu, jika kereta seumpama itu dijual kepada bengkel berserta geran, maklumat pada casisnya boleh diguna semula.

jongkomeng: Sama-samalah kita beringat, agar tidak 'tertolong' orang-orang hendak berbuat jahat. Mafhum Firman Allah: Tolong menolonglah dalam perkara kebaikan, dan jangan bertolong menolong dalam perkara kejahatan. Wallahuaklam.

Friday 23 January 2009

KEHEBATAN HAMAS/BRIGED AL QASSAM

Sebuah laporan yang tidak anda perolehi dari Media Pro Amerika Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Briged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah.

Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:
-80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)49 DIBUNUH SECARA SECARA
LANGSUNG.
-48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM
-MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT
-MENEMBAK 4 HELIKOPTER
-MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA
-MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL
-TIDAK ADA SEORANG PUN DI KALANGAN PEJUANG HAMAS YANG DITANGKAP.
-MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
-MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL
-MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP
-BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI
-MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG
DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL
-BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL
ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Bacaan lanjut di: http://yusofembong.blogspot.com

jongkomeng: Allah akan menolong hamba2Nya yang berjuang dengan ilklas.

Thursday 22 January 2009

ARAK IBU MAKSIAT 2

Ibu diperkosa selepas pesta tuak
Oleh Johary Indanbhnews@bharian.com.my
TUARAN: Majlis minum tuak atau aramaiti dalam bahasa Kadazandusun yang dianjurkan seorang ibu tunggal di sebuah kampung dekat sini kelmarin, bertukar tragedi apabila dirogol seorang daripada tetamunya selepas mabuk kerana terlalu banyak minum minuman itu. Mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai dibawa ke dalam biliknya dan dirogol lelaki berumur 30-an itu tanpa disedari tetamu lain yang kebanyakan mereka adalah jirannya kerana dipercayai terlalu khayal dan mabuk. Kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam ketika tetamu sedang berhibur dan menari. Lelaki berkenaan dijemput datang dan terpaksa berjalan kaki kira-kira setengah jam melalui denai hutan untuk ke rumah di Kampung Rungus Nabaha itu.
selanjutnya: http://www.bharian.com

jongkomeng: No komen

Jangan makan ikan Pangkor

(kosmo online)
KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan Pulau Pangkor dinasihatkan tidak memakan hidupan laut di kawasan berlakunya perubahan warna air laut jika pencemaran tersebut berpunca daripada fenomena Red Tide atau alga merah.
Menurut Pengarah Institut Oseanografi dan Maritim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Kamaruzaman Yunus, kehadiran alga merah yang terlalu banyak itu boleh memberi kesan terhadap habitat laut kerana akan menyebabkan oksigen terlarut menjadi rendah.
"Apabila ia semakin banyak, lama kelamaan alga-alga ini akan mati dan mendap di dasar laut. Kemudian bakteria akan mereputkan alga ini yang akan menghasilkan toksin.
"Kehadiran toksin ini akan menyebabkan ikan di laut mati. Kalau ikan yang masih hidup makan alga ini dan kemudian ditangkap oleh manusia untuk dimakan, ia boleh membahayakan manusia termasuk menyebabkan kematian,'' jelasnya.
Semalam, Kosmo! melaporkan mengenai perubahan air laut daripada kebiru-biruan kepada warna merah yang mengejutkan kira-kira 2,000 nelayan di sekitar Pulau Pangkor, Kampung Baharu dan Segari di Perak.
Keadaan itu menyebabkan pendapatan nelayan mulai merosot ekoran hasil tangkapan ikan yang terjejas.
jongkomeng: Fenomena ini pernah berlaku di perairan sabah beberapa tahun dulu. Agaknya dari mana datangnya alga merah tersebut ?
Walauapapun ia merupakan makhluk Tuhan dan apabila Allah 'menghantarnya' maka kita haruslah mengambil iktibar daripadanya.

Wednesday 21 January 2009

Lambang salib di sekolah timbulkan keresahan


ALOR SETAR - Seni bina menyerupai lambang salib yang terdapat di bangunan sebuah sekolah baru di Pokok Sena dekat sini menimbulkan keresahan masyarakat tempatan.
Mereka mendakwa bangunan sekolah kebangsaan itu dibina dengan mempunyai unsur-unsur lambang Kristian sedangkan sekolah itu mempunyai pelajar daripada kalangan kanak-kanak Islam.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat berkata, beliau menerima aduan penduduk mengenai objek seakan-akan salib itu sejak beberapa bulan lalu.
"Saya minta pihak Kementerian Pelajaran segera mengubahsuainya," menurut beliau.
Pengarah Pelajaran Negeri, Shahidan Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, beliau akan memastikan masalah berkenaan diatasi sebelum sekolah itu dibuka pada Mac ini. - Bernama


jongkomeng: Pihak2 yang telibat dalam pembinaan, bermula daripada arkitek dan seterus hendak peka dengan pelan dan bangunan yang hendak dibina. Perkara begini mungkin berlaku tanpa sedar, namun ia boleh dielakkan sekiranya pihak2 tertentu lebih teliti dalam penyediaan pelan dan sebagainya.


Apabila aduan telah dibuat tindakan segera harusah dilakukan, kerana lambang ini berkaitan dengan 'keagamaan'.

Tuesday 20 January 2009

MENIPU UNTUK KELUARKAN DUIT SENDIRI ?

Dakwa 31 tipu wang KWSP
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dalam proses pendakwaan terhadap 31 kes penipuan pengeluaran perumahan yang melibatkan pencarumnya dipercayai akibat terpedaya dengan sindiket pengeluaran kewangan di negara ini.
Terbaru, tiga ahli KWSP didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan itu dan didakwa di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 yang membawa hukuman denda antara RM600 dan RM2,000.
Pengurus Kanan Perhubungan Awam KSWP, Nik Affendi Jaafar ketika mendedahkan perkara itu berkata, kes penipuan pengeluaran perumahan ini adalah susulan daripada beberapa kes penipuan pengeluaran membabitkan pengeluaran pendidikan dan kesihatan sebelum ini.
"Mereka berjaya dikesan apabila ahli mengemukakan dokumen palsu bagi menyokong permohonan pengeluaran berkenaan," katanya kepada Kosmo! semalam.
Mengulas lanjut mengenai senario ini, Nik Affendi berpendapat, keadaan ekonomi semasa yang kurang memberangsangkan adalah antara faktor yang mempengaruhi segelintir ahli untuk menggunakan cara yang tidak sah bagi mengeluarkan simpanan caruman mereka.

jongkomeng: Nak keluarkan duit sendiri pun kena menipu. Jati diri keislaman itu penting, kalau tidak, belajar tinggi2 pun, bila kerja; menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Sunday 18 January 2009

ARAK IBU MAKSIAT

SUBANG JAYA – Orang mabuk boleh melakukan apa sahaja dan malam kelmarin seorang lelaki mabuk ditahan polis setelah membakar lima kereta di Seksyen 19, Bandar Sunway di sini.
Sama ada perbuatan lelaki berusia 27 tahun itu disengajakan atau tidak, dia ditangkap ketika sedang membakar kereta yang kelima di kawasan tersebut.
Jurucakap polis memberitahu, dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, suspek yang mabuk bertindak membakar lima kenderaan sambil menunggang motosikalnya. (kosmo online)

jongkomeng: Salah satu sebab Islam mengharamkan arak, kerana ia merosakkan akal. Apabila akal rosak dan mabuk maka macam2lah berlaku; rogol, curi, bunuh, zina dah jadi mainan.
Sebab itu dikatakan arak adalah ibu maksiat.

Friday 16 January 2009

Keputusan diketahui sebelum 10.30 malam

Kosmo online
KUALA TERENGGANU - Keputusan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 10.30 malam ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, jika segala-galanya berjalan lancar kemungkinan keputusannya diumum lebih awal.
"Proses pengiraan undi akan dimulakan sebaik semua peti undi ditutup pada pukul 5 petang," katanya ketika melawat Pusat Media pilihan raya kecil di sini semalam.
Mengenai pengundi pos, menurut beliau, 813 orang daripada 1,035 pengundi pos telah membuang undi masing-masing.
Jumlah itu, katanya, tidak termasuk mereka yang menerima kertas undi melalui pos dan keseluruhan jumlah undi pos hanya diketahui selepas semua kertas undi dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 5 petang ini.

jongkomeng: Kepada pengundi P36 Kuala Terengganu., pilihlah dengan bijak. Wawasan manusia melangkaui batasan dunia, apa2 yang diperbuat didunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Semoga selamat dunia dan akhirat.

Thursday 15 January 2009

MANUSIA PALING JAHAT DALAM DUNIA

Sejahat-jahat perompak/pembunuh dia mungkin bunuh 3/4 orang, kemudian dia ditangkap polis. Dibicarakan, sabit kesalahan kena hukum gantung.

Tapi makhluk 2 ekor ni, membunuh beribu-ribu manusia. Merampas tanah dan kebun. Memusnahkan rumah-rumah di Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lain.

Maka apakah tidak layak mereka diiktiraf sebagai "Manusia paling jahat di dunia" ?

MEREKA IALAH KETUA NEGARA ISRAEL DAN AMERIKA

280 pelajar DPLI kini terdesak apabila tajaan ditarik balik

PETALING JAYA - Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.
Selanjutnya:kosmo online

jongkomeng: Kenapa jadi begini ? Pihak berkenaan patut menyelesaikan perkara ini dengan segera. Kalau di Kuala Terenggganu sekarang ni menteri pergi cari orang yang bermasalah dan terus selesaikan masalah mereka. Pelajar2 ini pun patut diselesaikan masalah mereka dengan segera, kerana mereka juga rakyat Malaysia.

Monday 12 January 2009

Disebat padah minum arak

KUANTAN - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan mengikut hukum syariah ke
atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak.
Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nasir Mohamad @ Sulaiman, 38, dan Noorazah Baharuddin, 22, mengaku melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam itu tahun lalu.
Mohd. Nasir dituduh meminum arak jenama Tiger Beer di Fun Pub, Holliday Villa, Cherating, pada 11 Julai lalu, pukul 11.37 malam. Dia telah berkeluarga dan mempunyai empat orang anak, bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kemaman, Terengganu.
Sementara itu, Noorazah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sini, dituduh meminum arak jenama Heineken di Black Forest Pub, Jalan Gambut dekat sini, pukul 1.20 pagi pada 12 Julai tahun lalu.Kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

jongkomeng: semoga menjadi iktibar kepada orang lain

Sunday 11 January 2009

Rumah Wook dimasuki pencuri

HULU TERENGGANU - "Sampai hati mereka larikan barang-barang milik orang tua macam saya."
Demikian rintihan Wook Kundur, 106, selepas rumah yang didiami bersama suami, Mohd. Nor Musa, 37, di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang di sini dimasuki pencuri minggu lalu.
Menurut Wook, kejadian dipercayai berlaku ketika mereka pulang ke kampung selama kira-kira tiga minggu di Tanah Merah, Kelantan untuk berjumpa sanak saudara.
Malangnya, sebaik pulang Selasa lalu, dia mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.
"Antara barang yang dikebas pencuri ialah dua guni beras, televisyen dan mesin basuh.
"Itu sajalah barang-barang yang kami ada, tergamak pencuri menganiaya orang tua macam saya," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Wook yang menjadi perhatian selepas Kosmo! menyiarkan perkahwinan uniknya dengan Mohd. Nor yang 69 tahun lebih muda, berkata, pencuri dipercayai masuk dengan memanjat dinding rumah.
Ujarnya, tiada tanda-tanda pintu rumahnya telah dipecahkan oleh suspek.
Bagaimanapun, Wook berkata, mereka tidak membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut kerana menganggap ia perkara kecil

jongkomeng: Kalau seseorang itu mempunyai sifat2 baik dia tidak akan mencuri. Seseorang manusia bila sanggup buat dosa sekali maka dia akan buat berkali-kali.

Dalam Islam orang yang mencuri dikenakan hukum potong tangan (apabila cukup syarat2nya). Tanpa tangan tentulah kegiatan mencuri sukar untuk dilakukan. Hukuman penjara tidak begitu menginsafkan si pencuri. Sering kita dengar pencuri keluar masuk penjara.

Friday 9 January 2009

2 polis dilanggar mat rempit


k0smo online

KUALA TERENGGANU - Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Ismail Man dan seorang anggota trafik cedera dirempuh mat rempit dalam dua kejadian di sini semalam.
Dalam kejadian di Wakaf Mempelam pukul 2.15 pagi, Ismail patah tangan kiri setelah dihimpit oleh seorang mat rempit, ketika beliau turut melakukan rondaan di situ.
"Pegawai terbabit turut melakukan rondaan mencegah lumba haram sebelum terserempak dengan sekumpulan mat rempit yang melakukan aksi wheelie.
"Apabila dihampiri, kumpulan mat rempit itu cuba melarikan diri dan salah seorang daripada mereka menghimpit motosikal yang dinaiki oleh mangsa menyebabkan beliau terjatuh dan tercedera," kata Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan kepada pemberita semasa melawat Ismail di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.
Mohd. Shukri berkata, mat rempit berkenaan turut terjatuh tetapi berjaya melarikan diri.
Tidak sampai 15 minit selepas kejadian itu, seorang anggota trafik Lans Koperal Alfauzi Abdullah, 28, patah kaki kiri akibat dirempuh oleh seorang mat rempit di Jalan Sultan Mahmud.
Mangsa dilanggar ketika cuba menahan sekumpulan mat rempit dari arah Jalan Kamaruddin menghala ke pusat bandar, menyebabkan Alfauzi terjatuh dan cedera, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk diberi rawatan lanjut.

jongkomeng: Berita begini dah selalu kita baca. Kenapa sampai jadi begini ? Senang cerita, pepatah ada mengatakan "api masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan".

Semasa para remaja mula berjinak2 dalam arena merempit tak ada siapa peduli hatta mak bapak sekali pun. Pendapat seorang bapa "daripada dia dok congek (angkat tayar depan) motor orang, baik beli bagi dia, biar dia congek hak sendiri".

Sepatutnya undang2 yang lebih berat dikenakan kaepada para perempit seperti; merampas motorsikal, penjara dan sebagainya.

Kalau yang patah kaki tu mat rempit, macam2 orang tuduh polis.

Thursday 8 January 2009

Mahasiswa, pelajar sekolah dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

KUALA LUMPUR: Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
"Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktivitiaktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

jongkomeng: Nampaknya pelajar UM Nilam Puri dan KIAS telah mengambil tindakan yang proaktif apabila mereka telah berdemonstrasi mengutuk kekejaman Israel pada minggu lepas.

Pelajar IPT/IPTS sepatutnya diberi ruang yang lebih luas untuk menyatakan pendirian mereka terhadap isu-isu yang berlaku dalam negara.

Walaubagaimanapun, kenyataan menteri berkenaan merupakan satu permulaan yang baik kearah 'kebebasan' pelajar dalam menyatakan pendirian mereka terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara.

Sunday 4 January 2009

BI: Gapena tetap ambil tindakan undang-undang

Malaysia Kini
Jimadie Shah Othman Jan 5, 09 2:03pm


Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tetap dengan pendiriannya yang mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung isu pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)."Kita akan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan undang-undang," kata Setiausaha Satu Gapena, profesor madya Zainal Abidin Borhan. Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut berhubung tindakan Gapena itu masih belum diputuskan.Sebaliknya, kata Zainal, perkara itu akan dibincangkan lanjut dalam satu pertemuan khas bersama NGO-NGO Melayu lain di ibu pejabat gabungan itu di Kuala Lumpur malam ini.



jongkomeng: Kita tunggu dan lihat, kita mahu yang terbaik untuk anak2 kita. Jangan sampai anak2 dijadikan bahan ujikaji ahli2 politik.

Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dinaik taraf - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 4 Jan. — Kementerian Pelajaran sedang berusaha menaik taraf Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) agar setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebagai permulaan, surat kelulusan pengiktirafan akan dikeluarkan oleh kementerian kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membolehkan JPA membuat persediaan sewajarnya terutama dalam menentukan skim yang bersesuaian dalam perkhidmatan kerajaan.
Beberapa pindaan akan dibuat pada Peraturan-Peraturan Kurikulum dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi membolehkan mata pelajaran STAM dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

jongkomeng: Pemegang sijil STAM juga sepatutnya diterima oleh JPA sebagai satu kelayakan untuk memohon pekerjaan di sektor awam. (Dengan tanggagaji yang tersendiri) STAM sekarang ini sekadar untuk meyambung pelajaran ke IPT di Timur Tengah. Usaha yang sedang dilakukan oleh menteri berkenaan sangat dialu-alukan.

Friday 2 January 2009

TAYAR


(Malaysiakini)
Haramkan tayar toreh, terpakai
Jan 2, 09 12:16pm
Kerajaan digesa mengharamkan penggunaan tayar toreh dan terpakai kerana kajian menunjukkan penggunaannya boleh menyebabkan kemalangan maut. Sewaktu membuat gesaan itu, lapor Bernama, penerbit majalah Auto Touch Shamsudin Mohd Fauzi berkata kajian oleh pihaknya Perfect Driving & Safety Academy (PDSA) mendapati kebanyakan kemalangan berpunca daripada tayar, terutamanya tayar toreh dan terpakai."Ramai orang tidak menyedari penggunaan tayar itu boleh menyebabkan kemalangan maut dan jika ia tidak diharamkan lebih ramai lagi akan menjadi mangsa korban di jalan raya," katanya selepas membentangkan laporan kajian mengenai dua jenis tayar tersebut di Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah (JKJR) di Alor Star semalam.Shamsudin, juga pengarah PDSA, berkata kajian itu juga mendapati kebanyakan pembeli tayar jenis ini terdiri golongan penduduk luar bandar yang kurang pengetahuan mengenai bahaya menggunakan tayar berkenaan.Tambahnya, Kedah mempunyai kedai yang paling banyak menjual tayar toreh dan terpakai terutamanya di Kuala Ketil dan Baling."Banyak pengguna tayar mengambil jalan mudah dengan membeli tayar itu kerana mereka tidak menyedari tayar toreh sebenarnya adalah tayar yang telah botak dan ditoreh untuk menebalkan semula bunganya sehingga menyebabkan tayar itu semakin nipis," Shamsudin dipetik berkata.Malahan tayar terpakai yang diimport juga tidak sesuai digunakan di Malaysia kerana cuaca di negara ini berbeza, katanya.


jongkomeng: Walaupun murah kita tidak patut 'berkompromi' kerana ia melibatkan keselamatan nyawa manusa.

Waris tidak perlu langsai hutang PTPTN si mati

Utusan online
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan membuat tuntutan terhadap waris sekiranya peminjam tabung tersebut meninggal dunia sebelum pinjaman dapat dilangsaikan.
Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani berkata, baki pinjaman tersebut akan dibayar oleh syarikat insurans kerana setiap peminjam dilindungi insurans apabila mereka mula menerima pinjaman
''Keluarga peminjam yang telah meninggal dunia diminta menghubungi PTPTN supaya kami dapat menguruskan pembayaran balik pinjaman dengan syarikat insurans berkaitan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari.
Menurutnya, peminjam PTPTN dilindungi Insurans Etiqa Takaful.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status pinjaman PTPTN sekiranya peminjam berkenaan meninggal dunia.
Yunos menambah, ahli keluarga peminjam yang meninggal dunia perlu mengemukakan beberapa dokumen berkaitan termasuk sijil kematian bagi melancarkan urusan pembayaran balik oleh syarikat insurans.

jongkomeng: Ini suatu tindakan yang bagus. Orang dah meninggal janganlah dibebankan dengan hutang.

Thursday 1 January 2009

SAMAN JANGAN TAK SAMAN


(kosmo online)

KUALA LUMPUR - Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam kelmarin.
Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, Johor mencatat jumlah saman tertinggi dengan 95 saman dikeluarkan ke atas pengguna kenderaan persendirian dan komersial yang ingkar arahan penggunaan tali pinggang belakang yang berkuat kuasa semalam.
Menurut beliau, mulai semalam, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.


jongkomeng: Itu la tak lkut undang2. Benda baru kadang2 lupa. JPJ patut bg amaran dulu.. Kalau orang anak ramai macam mana?