Tuesday 31 March 2009

Uniform tudung anggota bomba diperkenal di England


LINCOLN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Lincolnshire, England memperkenalkan uniform bertudung khusus yang sesuai bagi kegunaan anggota bomba wanita beragama Islam di jabatan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Langkah itu dilaksanakan untuk menarik lebih ramai anggota baru tanpa mengira latar kaum dan agama supaya berkhidmat dalam agensi tersebut.

Seragam baru itu yang lengkap dengan tudung memenuhi tuntutan Islam diuji oleh seorang anggota bomba wanita Lincolnshire, Julie Smith pada Ahad lepas.

"Ia berwarna kuning dan amat selesa," katanya.

jongkomeng: Walauapapun perkerjaan kita, tuntutan Islam mestilah dijaga.

Friday 27 March 2009

KEBACULAN MUSUH-MUSUH ISLAM

FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL HASYR: AYAT 14, yang bermaksud:

Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah.,yang demikian itu kerena sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti.

Saturday 21 March 2009

Bapa binatang

MINGGU ini, para juri di Austria menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki, Joseph Fritzl, 73, dan mengarahkannya ditahan di sebuah hospital sakit jiwa.
Fritzl didapati bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan - membunuh, merogol, melakukan penghambaan serta sumbang mahram.

jongkomeng: 'Bapa binatang'. Memang layak untuk manusia ini, kerana binatang tak kira anak, bapak, ibu, semua mereka 'kawin'.

Tuesday 10 March 2009

STPM: Jumlah calon dapat 5A merosot

KUALA LUMPUR - Jumlah pelajar cemerlang yang mendapat 5A berkurangan sedikit dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan semalam.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Dzulkifli Abdul Razak berkata, pada tahun lalu seramai 13 pelajar telah mencapai prinsipal A dalam lima mata pelajaran berbanding 25 orang pada tahun 2007.

"Jumlah itu meliputi 10 orang pelajar aliran sains manakala tiga orang lagi ialah pelajar aliran sastera.

"Secara keseluruhan bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam lima dan empat mata pelajaran ialah seramai 267 orang pada tahun 2008 berbanding tahun 2007 iaitu seramai 445 orang daripada kedua-dua aliran," katanya selepas pengumuman keputusan STPM 2008 dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang di sini semalam.

Bagaimanapun, Dzulkifli menambah, peperiksaan yang dijalankan dari 12 November hingga 4 Disember lalu itu menyaksikan pengurangan calon sebanyak 16 peratus iaitu 53,638 calon pada tahun 2008 dan 66,048 pada tahun 2007.

"Pengurangan ini bukan sebab ramai pelajar yang tidak yakin atau percaya terhadap STPM, tetapi kemungkinan mereka mendapat tawaran belajar di kolej atau menyambung pelajaran di luar negara," kata beliau.

Katanya, walaupun berlaku pengurangan calon namun prestasi pada 2008 naik sebanyak 0.65 peratus di mana seramai 46,277 calon telah lulus penuh (peringkat prinsipal).

jongkomeng: Tahniah kepada pelajar2 yang berjaya. Tahun 70an & 80an adalah era kegemilangan 'tingkatan 6'. Perkembangan terkini melihatkan kekurangan minat pelajar menyambung pelajaran ke tingkatan 6. (2007-66048, 2008-53638, pengurangan sebanyak 12410)

Antara faktor kekurangan minat ini mungkin imej 'budak sekolah' masih menyelubungi pelajar tingkatan 6. Tingkatan 6 juga merupakan pilihan terakhir (bg sesetengah pelajar) setelah tidak mendapat tawaran ke IPTA.

Jadi pihak Kementerian Pelajaran patut berbuat sesuatu agar tingkatan 6 menjadi lebih menarik untuk pelajar menyambung pelajaran mereka.

Monday 9 March 2009

Salam Maulidurrasul

Keluarga nelayan berpiket - Bantah ‘orang luar’ miliki tanah rizab kerajaan sewenang-wenang

BACHOK - Lebih 100 keluarga di Projek Penempatan Nelayan Kampung Kandis di sini berpiket secara aman semalam sebagai membantah tindakan Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Bachok serta kerajaan negeri yang didakwa membenarkan 'orang luar' memiliki tanah rizab kerajaan untuk dijadikan tapak semaian tanaman.

Kosmo! difahamkan sebahagian daripada peserta projek itu telah memohon pemilikan tanah berkenaan sejak 2003 tetapi gagal mendapatkan hak milik.

Mereka sebelum ini didatangi juruukur tertentu yang mendakwa tanah itu sudah diberi geran milik kepada pihak lain yang tidak terlibat dengan Projek Kampung Nelayan.

Pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) kampung berkenaan, Mustapha Mohamad berkata, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kandis telah memilih peserta dalam kalangan nelayan untuk terbabit dalam penanaman dan pengawetan tembakau secara koperatif serta mengusahakan tanaman jangka pendek.

Setiap peserta, katanya, disediakan kira-kira 1.6 hektar tanah untuk kawasan pertanian dan 0.10 hektar untuk lot rumah serta membenarkan sedikit ruang tanah untuk tapak semaian di belakang rumah.

Menurut beliau, peserta terbabit meminta kawasan yang dirizabkan untuk tapak semaian tidak diceroboh dengan sewenang-wenangnya dan memohon pihak terbabit terutama PTJ Bachok, kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah itu.

jongkomeng: Tanah patut diberi kepada orang yang belum bertanah, bukan kira 'orang luar' 'orang dalam' . 'Orang dalam' dah ada tanah 1.6 hektar seorang, nak apa lagi. Beri lah tanah tu kepada orang lain pulak. Lagipun 'orang dalam' sekarang ni pun asalnya 'orang luar' juga, jadi janganlah dijadikan isu 'orang dalam' 'orang luar'.

Tuesday 3 March 2009

KECIL KAWAN, BESAR LAWAN

Berita dalam kosmo online menarik perhatian. Pepatah melayu mengatakan "Api, masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan".

Begitu juga dengan 'pendatang' ni, jika tidak dikawal boleh menimbulkan masalah kepada kita.

Begitu juga kalau kita membela binatang buas, spt singa, harimau dll. bila makhluk ini dah besar, dia boleh ngap kita.


KUALA LUMPUR - Seorang Inspektor dari Bukit Aman terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas diserang dan dikejar sekumpulan lapan lelaki Pakistan di sebuah restoran di sini malam kelmarin.

Kejadian pukul 12.30 malam itu berlaku di Jalan Masjid India, restoran milik bapa kepada pegawai polis berusia 25 tahun yang bertugas di Cawangan Khas.

"Ketika pegawai polis itu sedang makan bersama bapanya, beliau tiba-tiba dihampiri kumpulan lapan lelaki yang terus membuat kecoh,'' kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Menurut beliau, dalam keadaan tidak menentu tercetus perang mulut antara pegawai polis itu sebelum beberapa lelaki Pakistan itu mengeluar parang dan batang besi yang diperolehi dari restoran tersebut.

"Mangsa risau dengan keadaan itu terus melarikan diri ke belakang restoran untuk menyelamatkan diri tetapi masih dikejar oleh suspek-suspek.

"Takut dicederakan pegawai polis itu mengeluarkan pistol dan melepaskan satu tembakan yang mengenai kaki kiri salah seorang lelaki Pakistan itu,'' kata beliau.

Monday 2 March 2009

ALHAMDULILLAH

JERANTUT - Keperitan hidup keluarga 13 beranak dalam pondok buruk di hutan kira-kira lapan kilometer dari Kampung Sepial Lama di sini sejak tiga bulan lalu sudah berakhir.

Keluarga ibu tunggal, Rosni Abdullah, 41, itu bukan sahaja sudah diberi kediaman lebih selesa di kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 1 dekat Jerantut tetapi juga menarik perhatian ramai.

Selepas laporan muka depan Kosmo! semalam, mereka menerima limpahan bantuan daripada orang ramai yang bersimpati.

Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta-merta menaikkan elaun bulanan untuk Rosni daripada RM70 kepada RM450.

jongkomeng: Alhamdulillah ibu tungal 12 anak telah dibantu dengan segera.

Sunday 1 March 2009

DERITA INI KU TANGGUNG SENDIRI

Kosmo melaporkan seorang ibu tunggal 12 anak tinggal dalam hutan. Sungguh sedih dan menyayat hati. Sepatutnya dia tidak perlu menunggu lama untuk diberi bantuan oleh pihak2 yang berkenaan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

sedutan berita dari kosmo online:

JERANTUT - Siang rimas dengan panas matahari, malam pula berpelukan menahan sejuk dalam pondok buruk yang menjadi rumah mereka di dalam hutan dekat Kampung Sepial Lama di sini sejak tiga bulan lalu.

Itulah derita kehidupan ibu tunggal, Rosni Abdullah, 41, yang tetap nekad menjaga 12 orang anaknya yang berusia antara dua hingga 15 tahun.

Selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan seorang penoreh getah, Rosni membawa keluarganya masuk ke dalam hutan setelah tidak mampu menyewa rumah