Saturday 27 March 2010

Dikecam kerana anjing


MUZAFFAR bersama seekor anjing peliharaannya di Pusat Penternakan Haiwan Eksotik, Janda Baik baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Orang kafir yang bertopengkan Islam. Itulah antara kata kecaman yang dilemparkan kepada seorang lelaki Melayu beragama Islam, Muzaffar Kaisar Ishak, 37, atas tindakannya membela anjing.

“Ada juga yang tergamak mengatakan tiada orang Islam yang akan memandikan jenazah saya jika meninggal dunia kelak,” kata Muzaffar kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

Gambar Muzaffar berjubah sambil memegang anjing yang tersiar dalam blognya www.mymki.com telah mengundang pelbagai reaksi negatif.


jongkomeng: Walaupun ada kekhilafan tentang 'kenajisan' anjing, secara umum masyarakat malaysia yang bermazhab syafie berpegang bahawa anjing najis berat. Jadi amalan masyarakat setempat haruslah diambil kira.

Friday 26 March 2010

Jom Heboh Kelantan

oleh wan nik wan yussof

Kini sudah heboh pula, Jom Heboh memasuki Negeri Kelantan, bumi Serambi Mekah yang dipimpin oleh menteri besar, seorang ulamak. Apa jampi yang TV3 tiupkan kepada kerajaan Negeri Kelantan tidaklah dipastikan. Apa yang pasti, pada 26-27 Mac nanti Kelantan sebuah negeri yang meletakkan panduan syariat sebagai asas pentadbiran menjadi tuan rumah. Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat komited di dalam merealisasikan dasar hiburan berkonsepkan dakwah dan terkawal. Menerusi dasar hiburan itulah diterapkan penguatkuasaan halal dan haram, termasuklah untuk penganjuran Jom Heboh itu.

Kesemua aspek dasar hiburan itu terkandung di dalam enam prinsip dan garis panduan utama Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Menjelaskan perkara itu (TheMalaysiainsider.com, 6 Mac 2010), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan, di samping penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.”

“Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.”

“Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Kandungan Jom Heboh itu dipastikan memenuhi kehendak Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan. Antaranya, pada malam 27 Mac program hiburan yang diadakan hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Difahamkan ketika Jom Heboh di Bukit Jalil tahun lalu, pihak Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) turut membuka khemah pameran dan penerangan mengenai kemajuan teknologi berasaskan bio itu.

Sebelum itu, pihak BiotechCorp turut menyertai Jom Heboh di Danga Bay Johor, Petrajaya Kuching dan Batu Kawan Pulau Pinang. Sambutannya amat baik dan hangat yang sekali gus telah mendedahkan kepada golongan muda dan generasi awal mengenai teknologi baru untuk kelestarian hidup ummah sejagat. Ini kerana BiotechCorp merupakan peneraju utama industri berasaskan biotechnology yang dikenal pasti sebagai peneraju penting ke arah pembangunan masa depan negara dalam bidang ekonomi yang berkaitan.

Dalam konteks ini, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menubuhkan Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Bagi Jom Heboh Kelantan kali ini, Kelantan Biotech difahamkan turut sama menyertai BiotechCorp bagi mempromosikan komitmen Negeri Kelantan di dalam perkembangan teknologi bio itu.

Sudah tentu, rakyat Kelantan akan dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Tuhan yang menjadi misi Kelantan Biotech di dalam mempromosikan kejadian-Nya melalui sifat semula jadi serta biologinya. Sehingga kini, Kelantan Biotech telah memproses pelbagai produk menggunakan bioteknologi untuk manfaat pembangunan usahawan, perniagaan dan pengenalan produk biobahan novel (penemuan baru).

jongkomeng: semoga hiburan yang tidak melalaikan dan mematuhi adab2 muslim tersebar keseluruh pelusuk bumi Malaysia.

Saturday 20 March 2010

SIAPA KATA: 'ADA APA PADA NOMBOR??'

Nombor plat TAY 1 dijual RM220,000



2010/03/20

Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata harga tersebut diperolehi selepas enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Feb lalu.


"Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata notis kepada mereka yang berjaya membida akan dikeluarkan tidak lama lagi, tanpa mahu mendedahkan identiti pembeli.


Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.


Selain TAY 1 dan TAN 1, nombor pendaftaran TAX 1 sebelum ini mencatat harga jualan RM165,000. - BERNAMA

jongkomeng: Pada kebanyakan manusia nombor atau angka tidak membawa erti apa-apa, apatah lagi sekadar nombor kereta. Kedudukan dalam peperiksaan, ketika beratur di kaunter; maka ada juga nilainya.

Kalau nombor kereta dah harganya RM220,000.00 tentu keretanya bernilai jutaan ringgit baru padan. Takkan nak letak pada kereta kancil???

Thursday 18 March 2010

Penggunaan lampu pijar dihenti




PUTRAJAYA - Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014.




"Pengguna digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat-peringkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011.






jongkomeng: Lampu pijar harganya murah sebab tu masih ramai yang menggunakanya. Sebiji mentol lampu pijar dalam 2-3 ringgit, berbanding lampu pendarflour boleh mencecah RM20 sebiji. Yang moleknya harga lampu pendarflour diturunkan agar semua orang mampu membelinya.

Monday 15 March 2010

Kerja haram, kita kena bertegas - Mufti



SALAH sebuah kedai menjual gajet seks di Kuala Lumpur yang masih beroperasi tanpa apa-apa tindakan daripada pihak penguat kuasa.


KUALA LUMPUR - Dua orang mufti menyifatkan penjualan gajet seks secara terbuka sebagai haram dan berdosa serta menuntut pihak berkuasa bertindak lebih tegas membendung gejala itu.

Bagi Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, peralatan seumpama itu dikira sebagai benda yang tidak berfaedah dan memudaratkan.

jongkomeng: Syabas kepada para mufti yang menyatakan ketegasan tersebut, namun ada juga 'perkara haram' yang dilesenkan nampaknya bermaharajalela. Premis judi dan kelab arak tak surut pun, jadi para mufti kena juga menegur pihak berkenaan supaya mengurangkan dan mengharamkan terus. Wallahuaklam.

Thursday 11 March 2010

SPM: 2 PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI KOTA BHARU DAPAT 15 A

KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

jongkomeng: Maahad Muhammadi Kota Bharu memang 'kilang' pengeluaran pelajar2 yang berkualiti dari segi akademik, sakhsiah dan ko-kurikulum.

Friday 5 March 2010

Derita lima beranak merempat tanpa rumah


ZAILANI memeluk anaknya, Mohd. Bakri sementara Zalina duduk di lantai bersama Mohd. Fikri (tengah) dan Mohd. Sabri di pondok rekreasi berhadapan Istana Maziah di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Ekoran kesempitan hidup, satu keluarga lima beranak terpaksa 'menghuni' sebuah pondok rekreasi berhadapan Istana Maziah sebagai tempat berteduh sejak sebulan lalu.

Lebih menyedihkan lagi, keluarga Zailani Awang, 48, terpaksa tidur beralaskan lantai simen dan berbantalkan kotak tanpa kemudahan asas.

Sebelum ini, keluarga malang tersebut merempat di kaki-kaki lima dan pekarangan masjid di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai tempat berteduh.

"Inilah rumah kami dan di sinilah kami berteduh daripada panas dan hujan," kata Zailani yang berasal dari Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu awal tahun ini untuk mencari pekerjaan.

Kesengsaraan Zailani bersama isteri, Zalina Ali, 42, dan tiga anak lelakinya, Mohd. Fikri, 8, Mohd. Sabri, 6, dan Mohd. Bakri, 3, bermula sejak mereka diarah keluar dari sebuah rumah dalam pembinaan di Tok Jembal, dekat sini lebih sebulan lalu.

Sejak itu, Zailani yang berkerja mengambil upah sebagai pembantu kedai di sebuah restoran berdepan dengan kesukaran untuk mendapat rumah sewa.

"Saya memang tidak mampu bayar sewa rumah sekitar Kuala Terengganu yang berharga RM400 kerana gaji saya hanya cukup-cukup untuk makan.

"Saya ada jumpa rumah sewa berharga RM200, tetapi tuan rumah pula tidak mahu menyewakan kepada kami kerana tidak percaya saya mampu membayar sewa. Memang sedih sangat apabila orang memandang hina keluarga saya," ujarnya.

Zailani menambah, sepanjang sebulan merempat tanpa rumah, dia dan keluarga sering dipandang sinis oleh orang ramai selain menumpang tandas masjid dan tandas awam untuk mandi.

"Biarpun hidup dalam keadaan susah seperti ini, saya tidak pernah meminta-minta daripada orang ramai. Saya masih mampu memberikan makan keluarga.

"Apa yang saya sedih ialah nasib anak yang tidak pernah bersekolah dan mereka terpaksa tinggal di jalanan," tambahnya.

Sementara itu, Zalina berkata, meskipun hidup dalam keadaan terhimpit mereka juga dianiayai apabila kecurian beg pakaian, dompet dan kad pengenalan baru-baru ini.


jongkomeng: Kadang2 kita hairan, kutipan zakat berpuluh juta setahun, program bantuan kepada orang miskin ratusan juta. Tapi tak sampai kepada orang2 yang memerlukan seperti ini....