Wednesday 29 April 2009

YANG MANA GANAS ?

KES 1

Hentak bapa sampai mati

ALOR SETAR - Seorang bapa yang menasihati anak lelakinya supaya tidak melakukan perkara buruk maut dihentak seketul bata di kepala di Kampung Kubang Leret, Kubur Panjang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2 pagi, mangsa Idris Awang, 45, mati di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pukul 9 pagi.

Sebelum kejadian, Idris dan anak keduanya yang berusia 24 tahun berselisih faham sehingga menyebabkan mangsa menasihati anaknya supaya tidak terlibat melakukan perkara buruk.

Bagaimanapun, anak mangsa yang difahamkan penagih dadah dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan tidak berpuas hati sehingga bertindak menghentak mangsa menggunakan bata.

Anak sulung mangsa, Ismail, 28, berkata, adiknya bertindak di luar jangkaan mungkin disebabkan dia tidak dapat menerima teguran bapa mereka.

KES 2

TANAM MAYAT ANAK DI PADANG

GEORGE TOWN - Sebuah padang yang terletak di Kampung Pisang, Air Itam di sini hanyalah padang ragut yang menjadi tempat penggembala menambat lembu mereka.

Namun tiada siapa menyangka, padang tersebut menyimpan rahsia besar iaitu tempat mayat seorang kanak-kanak perempuan ditanam kira-kira tiga tahun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, penemuan mengejutkan itu adalah hasil maklumat tiga beradik perempuan yang membuat laporan polis mendakwa mereka menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual oleh bapa sendiri minggu lalu.

Menurutnya, tiga beradik yang berumur 10 hingga 14 tahun itu mendakwa mereka telah lama menjadi mangsa penderaan kepada bapa sendiri tetapi tidak tahu kepada siapa untuk mereka mengadu.

Bagaimanapun, kata beliau, kejadian itu berakhir minggu lalu apabila mereka diselamatkan oleh orang awam yang kemudiannya menghantar mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Tiga beradik itu kemudian membuat laporan polis dan selain maklumat mengenai penderaan terhadap mereka, tiga beradik itu juga mendedahkan bahawa seorang adik perempuan mereka didakwa telah didera sampai mati.

"Mereka memberitahu mayat adik mereka yang cacat sejak dilahirkan ditanam di bawah pokok pisang di padang tersebut sejak tiga tahun lalu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berikutan itu, menurut beliau, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Farlim di sini kelmarin.

Selepas itu, katanya, polis pada pukul 1 petang semalam telah pergi ke padang tersebut dan mengeluarkan satu rangka manusia dipercayai milik seorang budak.


jongkomeng: kedua-dua kes amat amat menyayat hati...kedua-duanya tidak patut berlaku. Tapi ia telah berlaku.

Tuesday 28 April 2009

PONTENG SEKOLAH: BUKAN PERKARA BARU

Arahan semak kedatangan

KUANTAN – Jabatan Pelajaran negeri semalam mengarahkan semua sekolah terutama yang berdekatan dengan pantai Teluk Chempedak agar menyemak rekod kehadiran pelajar bagi mengesan mereka yang kerap ponteng sekolah.

Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff yang terkejut dengan gejala tersebut seperti yang dipaparkan Kosmo! semalam menegaskan, pihaknya memandang serius gejala itu.

Tambahnya, arahan itu bukan sahaja ke atas sekolah-sekolah berhampiran dengan pantai tersebut tetapi juga sekitar bandar ini.

Mengikut prosedur sedia ada katanya, jika kekerapan tidak hadir ke sekolah mencapai tujuh hari, ibu bapa harus dipanggil bersemuka dengan pihak sekolah manakala jika genap 40 hari tanpa alasan munasabah, pelajar itu akan dibuang sekolah.

Antara sekolah yang terletak berhampiran dengan pantai tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Abdul Rahman Talib; SM Abu Bakar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih; SMK Alor Akar dan SM Teknik Kuantan.

Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai sekumpulan 15 pelajar sekolah menengah termasuk beberapa pelajar perempuan menjadikan pantai Teluk Chempedak di sini sebagai lokasi ponteng.

Ada antara mereka dilihat berpeluk-pelukan ketika mandi-manda tanpa segan-silu di hadapan pengunjung pantai itu.

Menurut Abdul Aziz, jika pihak sekolah telah mengenal pasti pelajar terbabit, tindakan tegas perlulah diambil termasuk memanggil ibu bapa mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.


jongkomeng: Amalan ponteng sekolah bukan perkara baru, malah ia telah berlaku semenjak tahun 80an lagi. Cuma yang berbeza ialah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar2 yang ponteng.

Dulu aktivitinya mungkin tidak 'seganas' aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sekarang. Mereka sekadar menghisap rokok, curi buah rambutan dsb.

Namun pelajar sekarang dah 'maju' jadi aktiviti mereka pun 'pelik2'.

Apabila ditanya kepada pelajar mengapa mereka ponteng "cikgu tak best" jawab mereka. Cikgu juga yang salah, mereka tak salah....

Sunday 26 April 2009

Cuti bersalin dua minggu lebih awal

KUALA LUMPUR - Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun, ia akan ditolak daripada jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru itu berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. - Bernama


jongkomeng: Sepatutnya hal ini telah lama dilaksanakan, walaubagaimana pun ambo sokong sangat hal cuti awal ni. Memang kesian kepada kaum ibu kita yang 'terboyot2' pergi kerja, ada yang bersalin dalam bas, dalam kereta, atas kapal terbang....

Kalau cuti lebih awal dapatlah 'bakal2 ibu' ni berehat kat rumah sementara menunggu hari bersalin.

Friday 24 April 2009

Selesema babi ragut nyawa 60 orang

GENEVA - Sejenis wabak selesema babi yang menjangkiti manusia, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.

Agensi WHO mengenal pasti selesema babi sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema babi dilaporkan di Mexico setakat ini.

Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang babi dan jarang menjangkiti manusia.

"Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema babi ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) berkata, kes selesema babi dihidapi ketujuh-tujuh mangsa itu berbeza berbanding apa yang dihadapi Mexico kerana melibatkan sejenis virus baru.

Bagaimanapun, katanya, mereka sedang beransur pulih daripada virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Lima mangsa itu di California dan dua lagi di Texas sedang pulih dan hanya seorang dimasukkan ke hospital.

Namun ujian menunjukkan ubat antivirus berupaya menentang virus baru itu.

Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema babi.

Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mexico mengarahkan supaya semua sekolah dan universiti di bandar raya Mexico ditutup semalam bagi membendung wabak tersebut. - Agensi


jongkomeng: Salah satu tanda akhir zaman (kiamat), penyakit2 yang pelik (tidak ada pada zaman lalu) menyerang manusia. Bukan nak menafikan hak babi sebagai makhluk Tuhan, kita sepatutnya tidak menambah bilangan babi yang dah sedia ada di dalam hutan.

Thursday 23 April 2009

Takut mati di gereja

Jenazah lelaki HIV muslim diurus seperti orang bukan Islam.

BILA dapat tahu saya dijangkiti HIV positif, saya nekad untuk menjalani hidup dengan lebih positif dan mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi ke mana harus saya tuju?

"Oleh kerana tiada tempat pemulihan dan perlindungan khusus untuk pesakit HIV lelaki muslim di negara ini, kami terpaksa menumpang teduh di gereja," cerita Latif Osman, 40-an, (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal baru-baru ini.

Latif dan tujuh rakannya yang baru dua bulan ditempatkan di Baitul Fiqh, Subang, Selangor begitu lega kerana kini dia tidak lagi perlu menghuni rumah perlindungan kelolaan sebuah gereja di Selangor.

Untuk maklumat, selama ini hampir semua rumah perlindungan HIV yang dikelolakan pertubuhan bukan kerajaan atau pihak persendirian beragama Islam dikhususkan untuk pesakit HIV/ AIDS wanita.

Latif nekad untuk keluar dari rumah perlindungan sebelum ini selepas melihat seorang rakannya meninggal dunia akibat penyakit tibi. "Jenazahnya yang tidak dituntut oleh keluarganya telah diuruskan mengikut cara Kristian sedangkan dia seorang muslim," cerita Latif.

(petikan kosmo online)


jongkomeng: Sejahat mana pun seseorang manusia, mereka inginkan pengakhiran yang baik. Dalam menjalani kehidupan manusia seringkali tersalah memilih jalan. Jalan yang lurus atau jalan syaitan. Oleh itu kita dianjurkan berdoa :

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" amin.



j


Friday 17 April 2009

LELONG DARA ??

Dara gadis kolej dapat bidaan lebih RM29,516

BERLIN - Seorang pelajar wanita yang menjual dara di Internet menyatakan bahawa tiga pembida telah membuat tawaran melebihi AS$8,161 (RM29,516), lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar perempuan itu, Alina Percea yang menuntut di Jerman pernah digugurkan daripada disenaraikan dalam satu laman web selepas seorang bekas gurunya berasa ragu bahawa dia masih mempunyai dara.

Namun, Percea yang berumur 18 tahun mendakwa perang bidaan itu bermula selepas seorang doktor mengisytiharkan bahawa beliau masih dara.

Seorang pakar sakit puan, Dr. Jan Lenkiewicz, 63, membuat pengesahan selepas melakukan beberapa pemeriksaan dengan berkata: "Memang, dia masih dara."

Percea melelong dara di Internet bagi memperoleh wang sebanyak AS$74,194 (RM268,346) bagi membiayai pembelajarannya di kolej.

"Saya mahu hubungan seks saya yang pertama adalah istimewa. Justeru, saya enggan untuk terburu-buru mencari pasangan." - Agensi


jongkomeng: Nampaknya 'dara' masih ada nilai dalam masyarakat barat, cuma dinilai dengan wang ringit. 'Kegilaan' manusia ni bermacam2 fesyen / jenis.




Thursday 16 April 2009

MEMILIH JALAN YANG LURUS

CERITA 1

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.


CERITA 2

Ponteng tuisyen untuk dicabul

KUALA TERENGGANU – Keprihatinan seorang guru melawat rumah pelajar perempuan yang tidak hadir ke kelas tuisyen Matematik Tambahan pada Isnin lalu telah membongkar punca sebenar dia ponteng.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Mohd. Fauzi Abduri berkata, apabila mendapati pelajar itu tiada di kelas, guru tersebut berkunjung ke rumahnya di Kampung Amer, Besut kira-kira pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, keluarga pelajar itu hairan apabila diberitahu anak mereka tidak hadir sedangkan ibunya sendiri menghantar dan menjemput pelajar itu di sekolah.

“Apabila didesak ahli keluarga, barulah pelajar itu mengaku dia keluar dengan teman lelakinya selepas ditinggalkan ibunya di sekolah pukul 8.30 malam,” katanya ketika ditemui dekat sini semalam.

Menurut beliau, mangsa bertemu teman lelakinya yang menunggu di luar pagar sekolah sebelum pasangan itu keluar bersiar-siar di Kampung Gong Nangka, Besut.

Apa yang lebih mengaibkan, kata Mohd. Fauzi lagi, pelajar itu turut memberitahu keluarganya bahawa dia telah merelakan dirinya dicabul oleh teman lelakinya pada malam itu.


jongkomeng: Manusia diberi pahala dan dosa, syurga dan neraka, berdasarkan perlakuan dan usaha manusia itu sendiri.

Pelanggaran yang menghairankan


SWANSEA - Sehingga kini, tidak ada sesiapa pun yang benar-benar mengetahui bagaimana sebuah kenderaan pacuan empat roda berada di atas sebuah kereta polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta polis tersebut pada mulanya mengejar kenderaan Nissan Terrano itu kerana ia tidak berhenti seperti diminta oleh anggota-anggota polis.

Apa yang lebih menghairankan, kereta polis model BMW yang dinaiki dua anggota polis itu remuk teruk tetapi mereka tidak cedera walaupun kenderaan pacuan empat roda model Nissan Terrano menghempap di atas kereta peronda tersebut.

Kejadian itu berlaku di Siloh Road di sini yang merupakan kawasan kediaman yang mempunyai had laju 32 kilometer sejam di selatan Wales.

Beberapa saksi menyatakan mereka hanya mendengar bunyi pelanggaran yang berlaku beberapa meter dari kawasan perumahan.

Sebuah van dan dua buah kenderaan bomba tiba di kawasan kejadian.

Kedua-dua anggota polis itu kemudian dihantar ke hospital berikutan kecederaan kecil tetapi pemandu dan penumpang pacuan empat roda itu dibawa ke sebuah balai polis. - Agensi


jongkomeng: Dalam dunia ni macam2 boleh berlaku. Ada perkara yang lebih pelik tapi tiada orang kisah pun. Yang pasti Allah SWT maha berkuasa keatas sesuatu.

Saturday 11 April 2009

Dilema 32 juta 'bujang terlajak'

PENGGUGURAN terpilih yang kerap menyebelahi nasib bayi lelaki telah membuatkan negara China mempunyai lebihan kaum lelaki seramai 32 juta orang berbanding perempuan.

Kajian populasi global yang dijalankan di Paris mengaitkan isu tersebut dengan obsesi masyarakat China yang lebih menyukai anak lelaki. Hakikatnya, kaum lelaki negara itu kini bersaing sengit sesama sendiri dalam matlamat perkahwinan.

"Walaupun banyak penyelesaian ekstrem dicadangkan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan generasi lelaki lebihan ini," lapor akhbar dalam talian British Medical Journal (BMJ). - bacaan lanjut kosmo online 12/4/2009


jongkomeng: Sebab itu Islam mengharamkan pengguguran 'janin'. Malah 'perancangan keluarga' pun tidak digalakkan, kecuali atas sebab2 kesihatan yang kronik. Apabila manusia cuba merubah 'ketentuan' Tuhan, inilah akibatnya: alam menjadi tidak seimbang.

Thursday 9 April 2009

BUAYA GANAS TEWAS

LOS LLANOS - Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat bandar Los Llanos, Venezuela, lapor sebuah akhbar semalam.

Detik-detik itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya di sebuah kawasan berpaya di sebuah hutan di negara berkenaan.

Pada kebiasaannya, filem-filem Hollywood kerap menunjukkan adegan ular gergasi yang kerap diberi jolokan anaconda menelan manusia dan haiwan lain.

Namun, detik-detik menarik itu disaksikan sendiri oleh jurugambar yang menyaksikan pertarungan antara ular dengan buaya terbabit.

Ular gergasi tersebut berwarna hijau dan bertindak membelit buaya malang itu kerana ia tidak mempunyai bisa untuk membunuh mangsa.

Mulut ular itu yang anjal mampu untuk membaham buaya tersebut tetapi ia mengambil banyak masa untuk menelan tubuh haiwan berkenaan.

Selepas menghabiskan makanan itu, ia kemudian mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dan menghadamkan hidangan istimewa yang sudah dinikmatinya. - Agensi


jongkomeng: Itulah resamnya jangan sangka kita yang paling hebat, kerana ada lagi yang lebih hebat, ada lagi....ada lagi....dan yang paling hebat, paling berkuasa ialah ALLAH SWT

Bahan najis dalam ubat jantung

kosmo online 9/4/2009

KUALA LUMPUR - Pesakit jantung dalam kalangan orang Islam dilanda dilema apabila dua jenis ubat yang dianggap paling mujarab dan popular bagi rawatan mencairkan darah saluran tersumbat mengandungi porcine atau unsur babi.

Kedua-dua ubat cecair itu telah digunakan secara meluas dan lazimnya disuntik serta-merta ke atas mangsa kes serangan jantung.

Bagaimanapun, pesakit beragama Islam mempunyai pilihan untuk menggunakan sejenis ubat yang disuntik ke pembuluh darah, cuma ia kurang berkesan serta ada kesan sampingan.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Haizal Haron Kamar, beliau akan memaklumkan terlebih dahulu kepada pesakit terutama yang beragama Islam mengenai pengunaan dua ubat tersebut.

Ulasan Ulama

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelaskan, Islam telah menetapkan dengan jelas bahawa setiap benda yang mengandungi unsur najis berat seperti anjing dan babi adalah haram.

"Bagaimanapun, pada waktu darurat, ia boleh diambil bagi mengelak kesan buruk kepada seseorang atau menyebabkan kematian,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah pula bertegas bahan yang mempunyai unsur babi tetap haram.

"Benda haram tetap haram, kalau sesuatu benda itu ada unsur babi memang ia tidak boleh diambil,'' jelasnya.

Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) juga telah mengeluarkan garis panduan khusus pengambilan ubat-ubatan dalam laman webnya.

Menurut garis panduan tersebut, ubat yang dikategorikan sebagai halal bukan sahaja tidak mengandungi bahan haram tetapi juga keseluruhan proses penghasilannya mesti bebas daripada bahan dan alat yang najis.




Nik Aziz selar sikap peminat



SAYA sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan,"
Begitulah keluhan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan penyokong Kelantan tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini yang diberi gelaran yang cukup baik termasuk 'bumi tadahan wahyu' yang seolah tidak seiring dengan perangai rakyatnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.

Dalam kejadian itu, penyokong Kelantan membakar sebuah trak polis dan merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium tersebut.


jongkomeng: Kalah menang adat perlawanan. Kita kena belajar menerima kekalahan. Lagipun kita tidak sentiasa akan menang, begitu juga tidak sentiasa kalah.

Friday 3 April 2009

JAIS siasat video hina Islam

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat klip video seorang lelaki didakwa menghina Islam seperti yang dipaparkan menerusi laman web You Tube bertajuk 'Melayu Boleh Makan Babi'.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mendapati klip video itu secara nyata menyalahi Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Penyebarannya menyalahi peruntukan undang-undang agama Islam sama ada ia disebarkan melalui buku, tulisan, ucapan dan sebagainya termasuk menerusi Internet," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman selama 1.22 minit menunjukkan seorang lelaki tanpa memakai baju sujud menyembah bingkai yang kelihatan seperti ayat-ayat al-Quran sambil mengajak umat Islam memakan babi.

Lebih biadap, lelaki itu menyatakan orang Islam yang makan daging babi boleh menghapuskan dosa.

Rakaman bersama suara latar yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepadaagama Islam dilakukan dalam sebuah lokasi tertutup.

Antara kata-kata suara latar terbabit ialah:

"Marilah kita bersama-sama makan babi yang sedap, bahawa mereka akan sudah membuang dosa jika makan. Mulai hari ini semua Melayu boleh makan babi yang sedap.''

Video tersebut juga menunjukkan lelaki terbabit mempersendakan laungan azan sebelum ia diakhiri dengan ketawa individu lain yang merakamkan aksi lelaki itu.


jongkomeng: Manusia yang jahil melakukan apa saja. Bila tiba 'masa' mereka mereka merintih, merayu untuk kembali ke dunia demi menjadi manusia yang 'taat'.

Oleh itu jangan jadikan kejahilan sebagai jambatan untuk melakukan maksiat.

Guru berpolitik dengan bersyarat - Hishammuddin

PULAU PINANG - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan cadangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang dalam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.

"Cadangan saya itu bersyarat, semangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan UMNO, ia bermula dengan semangat guru-guru.

"Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam bahawa cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh memecahbelahkan golongan pendidik.

Hishammuddin sebelum itu mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau (RECSAM). Beliau yang juga Presiden ke-43 Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) akan melepaskan jawatan itu kepada Menteri Pendidikan Thailand Ahad ini.


jongkomeng: Memang semua orang boleh berpolitik, cuma tahap 'berpolitik' itu berbeza-beza. Ada orang setakat pergi mengundi, ada orang mengundi pun tidak. Yang peliknya ada ahli politik marah kepada 'orang lain' yang nak berpolitik, dia berpolitik tak apa....musykil2...

Thursday 2 April 2009

Rezeki guru dapat BMW 525i Sports


KUALA LUMPUR – Sejak menjadi guru kira-kira 19 tahun lalu, Norazah Ahmad, 41, tidak pernah terbayang memiliki kereta mewah.

Namun semalam, beliau sendiri tidak menyangka akan membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta BMW 525i Sports bernilai RM391,221 hasil kemenangannya dalam promosi Petronas Malaysia Grand Prix Fever.

Katanya, kemenangannya itu ‘hadiah’ kesetiaan menggunakan minyak petrol Petronas selama ini.

“Tapi tak sangka hari ini (semalam) saya dapat kereta ini. Ia mungkin berkat doa anak-anak murid saya,” ujarnya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti Tasik Gelugor, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penyertaan promosi Petronas Malaysian Grand Prix Fever itu terbuka kepada semua pelanggan yang membuat pembelian minimum RM20 berserta penggunaan Kad Mesra dan pemenang dipilih secara rawak.

Seorang lagi pemenang, Selvanathan Ramu, 46, pula turut terkejut sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang utama bersama Norazah dan turut membawa pulang sebuah kereta BM

jongkomeng: Bertuah badan, kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu. Bergaya sakan kak zah dengan BMnya tu....