Ditikam kerana mahu bercerai
ALOR SETAR - Keengganan seorang isteri untuk berbaik-baik semula dengan suaminya setelah tidak tinggal bersama sejak dua bulan lalu membawa maut kepada wanita itu.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan di sini semalam, Zabedah Ali, 73, mati terkena tikaman oleh lelaki dipercayai suaminya sendiri di pekarangan rumah mangsa.
|
|
Mangsa ditikam dengan pisau selepas suaminya yang berusia 75 tahun gagal memujuk isterinya untuk tidak bercerai.
Bapa saudara Zabedah, Mustafa Ahmad, 80, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dalam proses memujuk mangsa, tercetus perang mulut di antara pasangan suami isteri itu.
"Suspek ada kata, dia mahu ajak Zabedah mati bersama. Selepas gagal pujuk Zabedah, ketika suspek mahu bersalam dengan Zabedah dia terus menikam di sebelah kiri perut Zabedah guna pisau," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Mustafa, pisau tersebut dipercayai dibawa oleh suspek dari rumahnya di Kuala Kedah.
Mustafa memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek cuba melarikan diri namun anak tiri Zabedah yang berada di tempat kejadian mengejarnya dan menahan lelaki itu.
jongkomeng: Sifat suka marah sangat digemari oleh syaitan, sebab pada masa tu 'setan cucuk sikit je' manusia boleh buat apa saja tanpa pertimbangan akal. Akhirnya menyesal tak sudah...
ambo pong tengah marah sekarang.
ReplyDeletemarah kat orang sendiri yang tak habih-habih create issue yang boleh menjahanamkan parti.
itu lah masalahnya kita pun kadang2 jadi 'bengang' jugak...tak leh ko dok molek2..
ReplyDelete