Tuesday 30 June 2009

INNA LILLAAHI WA-INNA ILAHI-RAJIUUN

PERISTIWA 1

Mati diserang jantung ketika bersama pondan


KUANTAN - Seorang lelaki warga emas diserang sakit jantung dan mati ketika dia berada berdua di bilik sewa pondan tersebut di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Tun Ismail di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 5.40 petang, mangsa berusia 78 tahun berasal dari Kubang Buaya di sini dipercayai datang bertandang ke bilik pondan itu.

"Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sendiri dipercayai hanya berada dalam bilik itu berdua dengan pondan itu.

"Secara tiba-tiba mangsa dipercayai diserang sakit jantung sehingga tidak sedar diri sebelum berbaring di dalam bilik itu," kata beliau di pejabatnya di sini semalam.


PERISTIWA 2

Pelatih PLKN mati ketika tidur

KANGAR – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Guar Cenderai, Padang Besar yang baru seminggu mengikuti latihan ditemui mati oleh rakan-rakannya ketika dikejutkan untuk solat Subuh pagi semalam.

Abdul Malik Ishak, 18, dari Kampung Relong, Jeneri, Sik, Kedah, ditemui mati di atas katil di berek penginapan kem itu dalam keadaan kaku pada pukul 5.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, berkata, pelatih lain telah menggerakkan tubuh Abdul Malik untuk mengerjakan solat namun tiada tindak balas daripadanya.

“Selepas diperiksa oleh pihak pengurusan kem itu, mereka memaklumkan kepada Balai Polis Kaki Bukit untuk membawa Abdul Malik ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

“Abdul Malik kemudian disahkan mati mengejut oleh doktor kerana tiada kesan kecederaan fizikal mahupun selepas bedah siasat awal dilakukan,” katanya kepada pemberita di HTF di sini semalam.

jongkomeng: Mati itu tidak terduga, jadi sentiasalah bersiap sedia. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh mereka. Amin



1 comment: