Thursday, 2 July 2009

'Kita masih selamat' - 48 lagi mangsa baru selesema babi dicatatkan dalam masa 24 jam




KUALA LUMPUR - Walaupun jumlah kes selesema babi terus meningkat kepada 244 kes semalam dengan 48 lagi mangsa baru, Malaysia dianggap masih negara yang selamat untuk aktiviti di tempat awam dan tumpuan pelancong.

Alasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ialah tahap kawalan pandemik berkenaan di negara ini masih baik berbanding sesetengah negara pembawa wabak.

Katanya, inisiatif Kementerian Kesihatan menguatkuasakan tindakan kuarantin ke atas para pelancong adalah wajar dan bukan bertujuan untuk menyusahkan mereka.

"Kita telah adakan dialog dengan pengusaha pelancong dan mendapat kata sepakat untuk terus menarik pelancong asing,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Mengenai saranan kerajaan Arab Saudi yang meminta warga tua, golongan sakit dan kurang sihat menangguhkan hajat untuk menunaikan haji, Tiong Lai berkata, kerajaan tidak menghalang rakyatnegara ini untuk berkunjung ke negara berkenaan.

Ditanya sama ada perlu institusi pengajian tinggi (IPT) ditutup bagi mencegah penularan wabak di dalam kampus, Tiong Lai menegaskan, ia tidak boleh dilakukan melainkan ada kes jangkitan tempatan.


jongkomeng: Kita boleh berusaha dan berikhtiar, yang menentukan keselamatan, kesejahteraan, keamanan adalah ALLAH SWT. Ya Allah selamatkan kami dari segala bala dan bencana, amin.

1 comment: