Thursday, 25 June 2009

Gempar Etok ‘gergasi’


KUALA TERENGGANU – Kemunculan etok, sejenis hidupan air tawar seakan-akan kupang yang bersaiz gergasi menggemparkan penduduk beberapa buah kampung sekitar Manir, di sini semalam.

Ini kerana biasanya etok yang dikutip oleh penduduk di sekitar Sungai Terengganu hanya bersaiz sebesar duit siling 20 sen tetapi kini sebesar tapak tangan.

Seorang penduduk di Kampung Belada Kolam, Wan Ali Wan Mohamad, 77, memberitahu, sepanjang hidupnya, itulah kali pertama dia melihat etok sebesar itu.

“Sudah lama saya menetap dan mengutip etok di kampung ini tetapi tidak pernah saya jumpa sebesar ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Wan Ali, kebiasaannya saiz etok yang menjadi makanan tradisi penduduk Terengganu hanya sebesar duit syiling 20 sen.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

jongkomeng: Saiz etok ni memang sangat besar jika dibandingkan dengan etok biasa. Etok ni duduk kat sungai tu lama dah cuma penduduk tak menjumpainya, atau ia hanyut dari hulu sungai dan tiba di perkampungan tersebut; atau etok itu 'makan' sesuatu yang menyebabkan ia besar dengan cepat dan saiznya luar biasa. Apa-apa pun itulah kehendak Allah SWT.

No comments:

Post a Comment