Tuesday 9 June 2009

ORANG ISLAM DIBUNUH LAGI















Kosmo online melaporkan 11 orang jemaaah yang sedang bersolat di sebuah masjid di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan 'pengganas'. 

NARATHIWAT - Kumpulan enam pengganas berbaju hitam yang menyerang jemaah Masjid Al-Furqan, selatan Narathiwat dekat sini malam kelmarin cukup kejam kerana mereka terus menembak mangsa walaupun ada yang sudah terbaring tidak bernyawa.

Serangan paling kejam itu, dan juga dikatakan yang pertama melibatkan jemaah dalam sebuah masjid di wilayah bergolak itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.

Selepas melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum menembak sepuas hati untuk memastikan mangsa mereka benar-benar mati.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan itu tetapi ada yang berpendapat ia akibat dendam.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian itu berlaku hanya dalam masa lima minit dengan empat lelaki menyerbu masuk ke dalam masjid dari pintu belakang manakala dua lagi menceroboh dari pintu sisi.

Kesemua pengganas itu dilihat memakai seragam hitam, bertopeng serta bersenjatakan raifal M-16 dan senapang patah.

jongkomeng: Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh  mereka. Amin

No comments:

Post a Comment