Kaji semula vaksin haji
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah mahu kerajaan lebih bertegas dan bersikap telus bagi memastikan vaksin meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini tidak menimbulkan sebarang keraguan.
“Walaupun ia dikatakan halal sebelum ini, namun masih timbul persoalan di kalangan para jemaah terbabit sama ada kandungan vaksin berkenaan halal atau tidak.
“Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ia melibatkan ribuan jemaah haji dan umrah di negara ini saban tahun. Jika ia halal tidak mengapa namun jika tidak, kerajaan perlu mencari alternatif lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status suntikan vaksin meningitis di Malaysia yang menimbulkan keraguan ramai terutama selepas Majlis Ulama Indonesia mahu pemerintah di republik itu mengharamkannya semalam.
alam nada yang sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mahu kerajaan mengadakan ujian pemeriksaan terhadap kandungan vaksin meningitis yang wajib diambil oleh jemaah haji di negara ini sebelum mereka menunaikan rukun Islam kelima di Arab Saudi.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, ujian sampel yang digunakan itu perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada vaksin tersebut mengandungi enzim babi.
“Jika kewujudannya ada, saya menggesa supaya dikeluarkan fatwa untuk mengharamkannya. Saya menggesa pihak berkenaan supaya mengambil sampel semua suntikan untuk diuji akan kewujudan sebarang enzim babi,” katanya.
jongkmeng: memang patut perkara ini diambil berat oleh pihak yang bertanggung jawab. Seseorang nak pergi menunaikan haji dengan harapan mendapat haji mabrur ( dihapuskan segala dosa) , tiba2 dalam diri ada najis mughallazah.
Kita jgn terlalu berpegang kpd 'dharurah' sehingga tidak berbuat apa2.
Yang ambo kurang fahamnya dimanakah 'dharurah' nya yang menyebabkan kena cucuk vaksin. Kalau tak cucuk jadi apa ?
Salam...bukan yg nak pi haji ja, yang dok cucuk baby dan kanak2 tu pun diragui juga..saya tak ambil suntikan untuk anak2 kecuali masa mula2 lahir yg kat hospital tu..Alhamdulillah..sihat,cerdas dan cerdik.Masa anak sulung bimbang juga,nurse dok gempaq..ikut juga,tapi yg lain makin yakinn dengan doa dan kuasa Allah..
ReplyDeleteitula masalahnya, kita di 'gempak' oleh pembuat vaksin, bila dibeli oleh 'pengguna' mereka yang kaya raya.
ReplyDelete