Wednesday 3 June 2009

Bimbang pelajar abai subjek Agama

KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam Syarie Malaysia bimbang keputusan Kementerian Pelajaran mengurangkan subjek teras daripada enam kepada empat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan membuatkan pelajar Islam tidak memilih subjek Agama dalam SPM.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, jika itu berlaku, beliau bimbang ia akan menghasilkan satu generasi yang tidak mengenali atau keliru dengan agamanya.

Menurut beliau, pengurangan subjek teras itu adalah ekoran keputusan Kementerian Pelajaran yang mengehadkan pengambilan subjek dalam peperiksaan SPM kepada 10 bermula tahun depan.

"Perubahan drastik ini amat mengejutkan lebih-lebih lagi ketika konsep peperiksaan terbuka sebelum ini baru sahaja diperkenalkan.

"Jika dikatakan masalah ini timbul kerana bebanan akademik terhadap pelajar, kami berpendapat masalah ini tidak timbul kerana mereka berkeupayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


jongkomeng: Dalam UPSR MP Agama tiada dalam peperiksaan. Kalau peringkat SPM pun tidak diwajibkan, maka makin terabailah 'agama' dikalangan umat Islam. Apabila sesuatu MP hanya dipelajari disekolah tetapi tidak di'periksakan' maka nasib MP itu sangat muram, con: Pendidkan Seni.

1 comment: