Kereta diubah suai jadi stesen minyak bergerak
PADANG BESAR 19 Jan. – Pelbagai taktik digunakan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan daripada langkah kerajaan menguatkuasakan peraturan pembelian terhad petrol dan diesel di kalangan warga asing.
Di sempadan tanah air, kegiatan menyeludup dan menjual petrol serta diesel subsidi ke negara jiran, mendorong pemilik kereta mengubah suai kenderaan - menambah tangki tambahan di tempat duduk belakang.
Tangki yang dimuatkan dalam kereta jenis Ford Laser itu mampu memuatkan 1,000 liter petrol atau diesel pada satu-satu masa.
Pemilik kenderaan tersebut menjadikan keretanya sebagai stesen minyak bergerak untuk memasarkan bahan api berkenaan kepada pemilik kenderaan di negara jiran.
Helah itu dilakukan setelah kerajaan tidak lagi membenarkan mana-mana kenderaan asing yang ingin balik ke negara asal mereka mempunyai muatan tangki melebihi 20 liter minyak subsidi, mulai 9 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, tindakan pemilik ‘stesen minyak bergerak’ itu bagaimanapun terbongkar apabila kereta tersebut ditemui ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Titi Tinggi di sini semalam.
“Sepasukan polis yang membuat rondaan di sebuah stesen minyak di Titi Tinggi kira-kira pukul 12.10 malam itu, menghampiri sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan.
“Menyedari kehadiran polis, pemandunya melarikan diri. Pemeriksaan mendapati kereta tersebut telah diubah suai dengan menyediakan tangki minyak tambahan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Che Man tidak menolak kemungkinan kereta itu digunakan sebagai stesen minyak bergerakatau berfungsi menjadi kenderaan pemunggah bahan api ke stesen minyak haram bagi memenuhi permintaan pasaran gelap, khususnya pemilik kenderaan negara jiran
jongkomeng: Segelintir Rakyat malaysia suka jadi 'usahawan yang cepat kaya'. Seperti skim cepat kaya, jual benda 'haram', jual barang subsidi, jual binatang exotic dan mcm2 lagi.
Semua orang nak jadi kaya kan...tapi bile cara salah,tak kan bertahn nye..
ReplyDeletetihara,
ReplyDeleteKaya tak salah yang salah bagaimana cara utk mendapat kekayaan. Bila dah kaya jgn pula lupa tanggungjawab membayar zakat.