Askar Mesir maut di Gaza
GAZA - Seorang askar Mesir terbunuh manakala empat penduduk Palestin cedera dalam satu pertempuran bersenjata semalam semasa satu perhimpunan diadakan bagi membantah pembinaan tembok antipenyeludupan di sempadan Gaza.
Keganasan itu merupakan yang paling serius melibatkan pentadbiran Mesir dan pasukan Hamas sejak Kaherah mula membina tembok besi bawah tanah sebulan lalu bagi mengekang penyeludupan senjata dan barangan melalui terowong-terowong bawah tanah ke Gaza.
Di sempadan Mesir, beberapa pegawai keselamatan berkata, askar berusia 21 tahun itu maut terkena tembakan yang dilepaskan dari bandar Rafah di sebelah Palestin.
Saksi-saksi di Gaza memberitahu, beberapa anggota polis Hamas melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan
Beratus-ratus penduduk Palestin keluar bagi membantah pembinaan tembok itu yang digelar sebagai 'tembok maut'.
Beberapa saksi menyatakan berpuluh-puluh penunjuk perasaan membaling batu ke arah askar-askar Mesir yang kemudian melepaskan tembakan sehingga mencederakan empat penduduk Palestin. - Reuters
jongkomeng: Kalau kita tidak 'dapat' membantu meringankan beban orang lain, janganlah pula kita menambah beban mereka...di akhirat nanti apa jawapan kita dihadapan Allah SWT.
kalau dah hati yahudi macam tu la kerjanya.
ReplyDeleteItulah 'hebat' yahudi, bukan setakat kaum kerabat mereka, orang 'islam' pun bantu...
ReplyDeleteSyukur la kita x de jiran yg jahat mcm yahudi laknat tu...
ReplyDelete