Ribuan dipercayai mati di Haiti - Gempa bumi kuat dalam tempoh lebih 200 tahun
PORT-AU-PRINCE – Ribuan orang dipercayai terbunuh dalam gempa bumi kuat di Pulau Haiti dengan kekuatan 7.0 magnitud kelmarin.
Istana Presiden Haiti turut runtuh manakala sebuah bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tumbang di sini dalam kejadian gempa bumi paling kuat dalam tempoh lebih 200 tahun.
Presiden Haiti, Rene Preval dan isterinya terselamat dalam malapetaka tersebut.
Pusat gempa ialah 16 kilometer dari bandar Port-Au-Prince.
Kira-kira empat juta penduduk tinggal di bandar itu dan kawasan sekitarnya.
Beberapa gegaran susulan turut berlaku semalam.
Duta Haiti ke Amerika Syarikat (AS), Raymond Alcide berkata menerusi satu temu ramah dengan stesen televisyen ABC di Washington berkata: “Jika sebuah bangunan seperti Istana Presiden yang kukuh boleh tumbang, kemusnahan akan menjadi lebih besar kerana banyak bangunan dibina tidak mengikut spesifikasi di sekitar Port-au-Prince,” katanya.
Beberapa pegawai PBB berkata, komunikasi terputus dan cara terbaik untuk berkomunikasi dengan penduduk di pulau tersebut ialah dengan menggunakan telefon satelit.
Setakat ini angka kematian sebenar masih belum diketahui. – Agensi
Malapetaka yang terbaru ni sama hebatlah dengan serangan "Tsuanami" tahun 1994 yang lalu kan.
ReplyDelete2004 bang...
ReplyDelete