Friday, 18 December 2009

SUCI DALAM DEBU

Lalok gam, bakar rumah nenek

KUALA KEDAH - Kesan ketagihan menghidu gam, seorang pemuda yang gagal mengawal emosi bertindak membakar rumah neneknya sendiri di Kampung Sematang Bogak dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, hampir semua barang milik neneknya, Asiah Puteh, 72, termasuk wang tunai RM1,500 untuk kegunaan perbelanjaan harian hangus terbakar.

Kosmo! difahamkan, pemuda itu mengalami masalah emosi kesan daripada menghidu gam menyebabkan dia sering bercakap dan ketawa seorang diri ketika bersendirian.

Menurut Asiah, walaupun cucunya itu mengalami masalah emosi namun, beliau menyifatkan cucunya itu sebagai seorang yang baik kerana sejak duduk bersamanya sebulan lalu, dia rajin membantunya.

"Jika tiba masanya dia lupa diri, dia akan lakukan perkara yang pelik-pelik termasuklah bercakap seorang diri dan kemudian ketawa sekuat-kuat hati.

"Pada hari-hari biasa, jika saya pergi ke bendang, dia akan kemas rumah dan basuh pinggan mangkuk," ceritanya.

Menceritakan detik kejadian, Asiah menambah, dia yang sedang nyenyak tidur di bahagian bawah rumah terkejut apabila cucunya itu tiba-tiba mengejutkannya lalu mengheretnya keluar dan membawa ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan.

"Ketika dikejutkan saya terasa panas dan terpinga-pinga namun tak mampu berbuat apa-apa kerana cucu saya itu terus mengheret keluar ke tempat selamat.

"Saya cuba juga menyelamatkan barang-barang tapi dia tak bagi sebab bimbang dengan keselamatan saya," katanya.


jongkomeng: Yang musykilnya, kenapa penghidu gam tidak dikenakan tindakan undang2 sedangkan kesannya sangat buruk. Spt 'hilang ingatan/masalah mental' , bertindak diluar kawalan dan lain2. Hal ini menganggu gugat keamanan dan kesentosaan masyarakat.

1 comment:

  1. penghidu gam dah pun menerima hukumanya, pasal hidup dorang memang dah tak bermakna lagi

    tapi memang perlu digubalkan undang undang tentang tu, juga undang undang pengunaan sihir dan ilmu hitam he he

    ReplyDelete