Friday 25 September 2009

Masjid terbiar port penagih


Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my

TANAH MERAH - Masjid 'bertukar' jadi sarang maksiat dan jenayah.

Kenyataan ini pasti akan mengundang kemarahan masyarakat tetapi itulah hakikat yang berlaku selama ini di Masjid Kampung Gobek, di sini yang terbiar usang sejak 16 tahun lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, segelintir masyarakat yang tidak mengenal erti dosa dan pahala mengambil kesempatan menggunakan rumah suci itu sebagai lubuk mereka untuk melampias nafsu syaitan.

Seorang penduduk, Mohd. Adam Mohd. Noor, 21, berkata, dia bersama-sama rakan-rakannya kerap terserempak dengan beberapa remaja berkumpul di dalam bangunan itu tanpa diketahui apa tujuannya.

"Dah nampak macam satu pesta dalam masjid itu. Lelaki dan perempuan bercampur dan memasang bunyi muzik yang kuat. Saya syak mereka menagih dadah dan melakukan maksiat," dakwanya.

Rakannya, Aidi Adha Musthapa, 25, turut menyokong pendapat itu dengan menganggap perbuatan maksiat dan aktiviti penagihan dadah di masjid usang tersebut bukan perkara baru.

Menurutnya, kesan seperti lilin, jarum suntikan mahupun kondom yang telah digunakan merupakan aksesori biasa yang ditemui penduduk di bangunan itu.


jongkomeng: Persoalannya ; mengapa masjid itu terbiar selama 16 tahun? Adakah kerana telah ada masjid baru ? atau tok imam mati, tiada orang yang ganti ? Mengapa ahli kariah 'tunggu dan lihat' saja apa yang berlaku disitu?

1 comment:

  1. Kisah sebuah masjid di negeri tadahan wahyu dalam serambi mekah. Itulah dia apa yang disebut oleh PAS 'Islam sebagai Ad-deen'.

    Itu kawasan ADUN PAS.

    ReplyDelete