Makan di restoran Cina - Suami isteri ditangkap tidak puasa alasan tidak makan sahur
Oleh FAIZAL NAZARUDDINfaizal.nazaruddin@kosmo.com.my
KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.
Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.
Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taib berkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.
"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.
"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.
Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.
jongkomeng: Rasulullah SAW bersabda: Mafhumnya 'rugilah bagi orang2 yang tidak diampunkan dosanya setelah berakhirnya ramadhan'
No comments:
Post a Comment