zulsham@kosmo.com.my
GOMBAK - Mati lemas dilimpahi air sampah bertoksik!
Itulah yang terjadi kepada 50 ekor lembu ternakan milik Mohd. Sharif Gulam, 43, apabila kandangnya ditenggelami air bersama timbunan sampah daripada tapak pelupusan haram di Sungai Kertas, Ulu Yam di sini malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada pukul 8.50 malam apabila air dalam sebuah kolam berhampiran kandang ternakan berkenaan melimpah selepas dihempap dengan timbunan sampah sarap setinggi kira-kira 100 meter sebelum memenuhi dua kandang lembu di situ sedalam tiga meter.
"Saya mendapat tahu kejadian itu selepas diberitahu oleh seorang pekerja saya dan terus bergegas ke sini. Apabila tiba di sini, saya hampir pengsan melihat banyak lembu saya lari bertempiaran dan ada yang sudah mati lemas," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, akibat kejadian itu, dia kehilangan pendapatan. Malah, dia bimbang mengenangkan baki 150 ekor lagi yang dapat diselamatkan kerana haiwan itu mungkin tidak dapat hidup lama.
Tambahnya, lembu-lembu yang terselamat mungkin mengalami 'trauma' dan ditambah pula cuaca panas sekarang akan menjejaskan kesihatan haiwan peliharaannya itu.
"Jika lembu-lembu yang hendak dijual sakit ataupun sudah dijangkiti penyakit, siapa mahu beli walaupun lembu ini masih hidup? Itu tidak termasuk kerugian lembu-lembu yang sudah mati lemas,'' katanya yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM500,000 termasuk kos makanan dan kemusnahan pada kandang lembu miliknya itu.
jongkomeng: Apabila manusia tidak menjaga 'hubungan' dengan alam sekitar, maka bencana seperti ini akan menimpa. Sebagai 'hamba' manusia hendaklah menjaga 3 perkara:
1. Hubungan dengan AL Khaliq
2 Hubungan dengan sesama manusia
3. Hubungan dengan alam sekitar
Jika ada kepincangan dalam mana2 hubungan tadi maka kehidupan manusia tidak 'aman, selesa, kundusif' dan sebagainya.
salam....
ReplyDeletetq pada saudara yg sudi singgah blog saya..
kelate kat manp..ambo pun kelate jugak..tapi ngajar di n9.
izinkan ambo pollow blog demo deh...
anaklaut
Salam Jong Komeng...
ReplyDeletePada pandangan kak zai setiap kejadian atau musibah yang diturunkan Allah pasti bersebab sbb Allah Maha Mengetahui setiap perbuatan dan tingkah laku hamba2nya..mungkin ini adalah satu peringatan buat mereka yang lalai..
perkara penting buat mereka yg mempunyai binatang ternakan..sudah tunaikah zakat ternakan apabila telah cukup haul/nisabnya ??? kerana pada setiap pendapatan yang diperolehi terdapat hak orang lain yang harus ditunaikan tetapi inilah yang kurang disedari oleh masyarakat..
Semoga kita semua mendapat iktibar dari N3 yang bermanfaat ini...trm kasih dik