Tuesday 22 September 2009

Taman Anggur Tasik Kenyir bakal dibuka


KUALA TERENGGANU - Selepas cuba membiakkan spesies ikan keli gergasi Mekong Giant Catfish, sebuah taman anggur pula bakal diwujudkan di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pokok-pokok anggur itu dijangka mula ditanam penghujung tahun ini di kawasan seluas kira-kira 10 hektar di sekitar kawasan tasik buatan manusia itu.

Menurutnya, tanaman itu bagaimanapun bukan bertujuan untuk dieksport tetapi sebagai satu tarikan baru pelancongan di negeri ini selain bagi keperluan domestik.

"Anggur yang diusahakan di Thailand sangat berjaya, kenapa kita tak boleh buat? Malah di Perlis dan Negeri Sembilan pun ada anggur.

"Saya yakin kita boleh berjaya, masalahnya sekarang yang tak berjaya sebab kita ambil benih anggur dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, ia tak sesuai dengan kita (iklim) sedangkan teknologi di Thailand sangat maju ke depan dan kualiti buahnya sama," katanya.


jongkomeng:Beberapa tahun lepas pernah satu syarikat perladangan di Setiu cuba menanam anggur tapi tak berjaya. Harap2 projek ni berjaya dan menjadi tarikan pelancong. Jangan pula nanti (kata orang kampug) "mahal tali daripada kerbau".

No comments:

Post a Comment