Saturday 6 June 2009

BILA KAYA RAYA


Putera Arab tempah pesawat RM1.68b

LONDON - Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia.

Pemilik sebenar pesawat tersebut masih belum diketahui tetapi Putera Al-Waleed bin Talal dari Arab Saudi disebut-sebut membuat tempahan itu.

Reka bentuk dalaman pesawat itu direka oleh firma Design Q yang beribu pejabat di Worcestershire, Britain.

Antara kemudahan yang terdapat dalam pesawat itu ialah tempat menyimpan sebuah kereta, dewan konsert, bilik mesyuarat dan sebuah bilik solat yang mempunyai tikar sembahyang menghadap ke arah Kaabah.

Ia turut dilengkapi dengan sebuah zon rehat, sebuah bilik mandi yang mempunyai seni bina Turki dan ruang yang membolehkan penumpang melihat pemandangan di bawah lantai pesawat seperti hutan, gunung serta laut.

Pesawat itu pada kebiasaannya mampu membawa sebanyak 600 penumpang. - Agensi


jongkomeg: Bila duit banyak macam2 boleh buat. Duit jika digunakan secara baik: kejalan yang diredhai Allah, boleh menjadi peyelamat diakhirat nanti.

2 comments:

  1. Kawe kalu ada pitih banyak...kawe beli hak besar lagi...kah3x

    ReplyDelete
  2. ambil mana berita dunia ni. hebat mace wartawan

    ReplyDelete