Thursday 21 May 2009

MAKAN ANGIN


Flora fauna Mini Zoo Kemaman


MEMASUKI minggu ketiga pembukaannya, Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Terengganu semakin menggamit kehadiran ramai pengunjung.

Dengan keluasan kawasan 35 ekar, zoo itu adalah hasil gabungan taman buah-buahan, taman herba semula jadi, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai dan habitat semula jadi kunang-kunang terbesar di Terengganu.

Terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandar Cukai, zoo itu menawarkan pelbagai tarikan dan pengalaman menyeronokkan pada hujung minggu.

Antara tarikan utama destinasi tersebut termasuklah taman tema air, jambatan gantung, akuarium, melihat kunang-kunang di Sungai Yak Yah dan pelbagai jenis burung.

Tidak ketinggalan, pengalaman menunggang gajah dan menaiki trem mengelilingi kawasan zoo.

Untuk kemudahan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan atau mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, dua buah bas disediakan di destinasi terpilih untuk membawa mereka ke zoo.

Destinasi persinggahan bas tersebut termasuklah Stesen Bas Cukai, KCP Jalan Lebai Saras dan Awana Kijal.


(SUMBER: kosmo online)

jongkomeng: Berjalanlah di atas muka bumi ciptaan Allah dan ambillah iktibar daripadanya....

1 comment:

  1. Dengan semangatnya aku telah membawa keluargaku pergi melawat zoo baru2 ini. Hampeh botoi la...indah kabar dari rupa. Itu je komen teman...

    ReplyDelete