Thursday 14 May 2009

Lawat rumah mayat untuk insaf

KUANTAN - Pelaku maksiat akan dibawa melawat ke rumah mayat sebagai salah satu program tarbiah yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi kesedaran kepada mereka.

Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, usaha tersebut lebih berkesan daripada mewajibkan mereka menjalani kuliah atau penerangan yang bertujuan memberi kesedaran dan keinsafan.

"Kalau boleh kita hendak mereka lihat sendiri keadaan orang yang meninggal dunia dan biar mereka sedar bahawa hidup di dunia bukan untuk berseronok semata-mata, sekurang-kurangnya mereka rasa takut nak buat maksiat lagi," katanya ketika melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat di Dewan JAIP di sini, semalam.

Ghazali menegaskan, selain rumah mayat, mereka juga akan dibawa menziarahi pesakit kronik di hospital dan rumah orang tua bagi meningkatkan kesedaran.

jongkomeng: Bagus juga cadangan ini, suatu masa dulu ada sebuah sekolah yang 'menanam' pelajar nakal kedalam 'kubur'. Dengar cerita pucat lesi budak tu...

Saya ada dua cerita benar,

kes 1: terjadi kpd 'kawan' saya, semasa dia koma (kerana kemalangan) dia mendapat gambaran buruk. Bila sedar, dia insaf dan taat kepada perintah Allah. Namun lama kelamaan dia mula lupa dan kembali kepada tabiat lama. (tinggal solat dan buat maksiat)

Kes 2: terjadi kepada jiran saya, sewaktu bangun dari tidur dia dapati langit bergulung2. Dia insaf dan taat kepada perintah Allah dan alhamdulillah ketaatannya masih berkekalan.

Wallahuaklam...

No comments:

Post a Comment