Friday 8 May 2009

Saintis cipta serban kalis peluru


LONDON - Sekumpulan saintis di United Kingdom sedang mencipta serban kalis peluru bagi kegunaan anggota-anggota polis lelaki berbangsa Sikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Jika serban kalis peluru itu berjaya dicipta, anggota-anggota polis Sikh akan dibenarkan untuk membawa senjata api.

Ketika ini, anggota polis Sikh dilarang menyertai pasukan penembak dan pasukan pencegah rusuhan kerana kepercayaan agama mereka melarang penganutnya menanggalkan serban untuk memakai topi kalis peluru.

Serban kalis peluru itu akan diperbuat daripada bahan Kevlar.

Penciptaan serban kalis peluru itu menjadi keutamaan kerana terdapat lebih 2,000 pegawai Sikh dan kakitangan polis di Britain.

Naib Pengerusi Persatuan Polis Sikh, Inspektor Gian Singh berkata, bahagian penyelidikan polis sudah memulakan usaha bagi mencari bahan yang sesuai untuk mencipta serban kalis. - Agensi


jongkomeng: Serban sikh diiktiraf dilondon. Serban yang menjadi sunnah nabi kepada orang Islam, tidak 'dipelihara' oleh orang Islam.

2 comments:

  1. Tuan,
    Serban Sikh kosong fikrahnya. Serban Islam padu dengan fundamentalis dan punyai kekuatuan rabaniyyah. Itu yang amat ditakuti oleh musuh, rasionalis, islam liberal dan islam separuh!

    ReplyDelete
  2. Gedungakal: tima kasih atas maklum balas tuan, ambo setuju benar.

    ReplyDelete