Thursday 28 May 2009

Had 10 subjek mulai 2010

NILAI - Setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, serentak dengan itu, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem penggredan SPM.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan menjadi lebih khusus,'' katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek semalam.

Katanya, daripada setengah juta calon SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 mengambil lebih daripada 10 subjek.

Menurut beliau, dasar baru ini akan mengatasi masalah sesetengah subjek yang kekurangan guru sementara ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek untuk kelas tuisyen anak-anak.

Muhyiddin mula membangkitkan cadangan mengehadkan bilangan subjek untuk SPM pada 21 Mei lalu dengan penekanan memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang dalam SPM.

Beliau pada waktu itu dilaporkan berkata, ada mata pelajaran yang diambil tidak diajar di sekolah, sebaliknya di kelas tuisyen.

(sumber: kosmo online)

jongkomeng: Nampaknya 'pak menteri' dah keluarkan kenyataan. Sepatutnya benda ni dikaji dengan mendalam. Tanya pendapat persatuan guru, ibubapa, dan murid itu sendiri. Sekiranya ibubapa dan murid sanggup tentunya tidak menimbulkan masalah. Kalau nak dihadkan pun yang eloknya 12-15 MP.

No comments:

Post a Comment