Sunday 31 May 2009

ISTIMEWANYA PEROKOK

Kawasan khas perokok di lobi


KUALA LUMPUR – Wujudkan kawasan khas bertutup bagi perokok di hotel jika Kementerian Kesihatan bercadang mewartakan lobi hotel sebagai kawasan larangan merokok.

Itulah cadangan Khatijah Abdul Rahman, 40, yang bersetuju dengan syor tersebut yang disifatkan sebagai satu langkah proaktif bagi memelihara kesihatan rakyat terutama mereka yang tidak merokok.

Katanya, rata-rata hotel sememangnya membenarkan para pengunjung bebas merokok tetapi senario itu sebenarnya memudaratkan tetamu hotel yang tidak merokok khususnya kanak-kanak.

“Jadi wujudkan tempat khas bagi mereka yang merokok supaya ia tidak menjejaskan pengunjung hotel lain,” katanya ketika ditemui semasa tinjauan Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang membayangkan untuk mewartakan dua lagi kawasan baru larangan merokok iaitu tambahan kepada 20 kawasan yang telah diwartakan sebelum ini.

Dua kawasan baru itu ialah lobi hotel dan ruang pejabat yang berhawa dingin.

Menurut Tiong Lai, cadangan itu selaras dengan perhatian serius kerajaan terhadap kesihatan warga kerja terutama pekerja wanita dan pekerja yang tidak merokok.

Dalam pada itu, tinjauan ke beberapa lobi hotel bertaraf lima bintang di sekitar ibu negara semalam mendapati masih ramai pengunjung hotel merokok tanpa sebarang halangan di kawasan lobi.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.


jongkomeng: itulah masalahnya, kena wujudkan tempat 'khas' konon utk mengatasi masalah. Bila remaja merempit, kita kata sediakan tempat 'khas'. Bila manusia suka berjudi, sediakan tempat 'khas'. Masalah utama tak selesai juga, sedangkan perbelanjaan yang banyak telah digunakan. Jadi fikir2 kanlah........ 

2 comments:

  1. haramkan tanam pokok daun tembakau seluruh dunia, tak leh keh? (tak rasional kot!)

    ReplyDelete
  2. Cadangan 'tok' tu boleh juga...tapi manusia ni bila diharamkan lagilah dia na buat. Mcm pokok dadah tu, ramai juga manusia yang tanam.

    ReplyDelete