Friday 22 May 2009

Hadkan SPM kepada 10 mata pelajaran

KUALA LUMPUR - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran sahaja.

Itulah angka yang ideal kepada tokoh akademik, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim apabila merujuk kepada cadangan kerajaan untuk mengkaji mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan tersebut.

"Mereka (pelajar) sekarang belajar macam robot, tak ada masa untuk berfikir kerana asyik menghafal.

"Ini bukan teknik sebenar untuk belajar kerana peperiksaan bukanlah untuk menguji ingatan tetapi sejauh mana pelajar faham dan berhujah menerusi jawapan yang diberi,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu mungkin dibuat kerana amalan membenarkan calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk pemilihan bagi biasiswa kerajaan.

Kay Kim menyokong cadangan kajian itu kerana bimbang pelajar yang dibebani dengan terlalu banyak mata pelajaran akan hilang fokus terhadap aktiviti lain termasuk kokurikulum.

Seorang lagi tokoh akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat, jumlah A dalam peperiksaan bukan kaedah terbaik menentukan tahap kecerdasan pelajar.

"Kecemerlangan juga diukur melalui banyak aspek lain termasuk penglibatan dalam aktiviti di sekolah,'' katanya.



jongkomeng: Kita pun pening dengan karenah 'orang besar'. Dulu boleh, sekarang nak kaji pulak. Pada ambo, murid yang ambil 20 MP ni tak ramai. 99.9999% ambil 7-12 MP, jadi tak payahlah nak pikir sangat.

Orang yang mengusai lebih banyak bidang ilmu sudah tentulah lebih cemerlang berbanding dengan orang menguasai lebih sedikit bidang ilmu. Itu sifir mudahnya...

2 comments:

  1. macam seorang ayah marahkan anaknya yang terlampau banyak baca buku, takut anak2 lain tak dapat baca sama...

    ReplyDelete
  2. Inilah masalahnya sistem pelajaran kita. Tidak mendidik manusia bagi melengkapkna FERI, akhirnya pelajar jadi robot penyimpan mickrocip.
    Dosa-dosa besar pemimpin politik terhadap anak bangsa:
    1. Hapuskan tulisan jawi
    2. Utamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu
    3. Tidak realisasikan hasrat FPN untuk bentuk insan harmonis dan seimbang
    4. Melayu terlalu takut dengan pencapaian cina, maka macam2 helah dibuat.
    5. Gugurkan sebutan baku di sekolah
    6. Tukar nama Kementerian tanpa berunding
    7. Merujuk Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Malaysia bukannya Bahasa Melayu


    6.

    ReplyDelete