Monday 24 August 2009

Hukuman sebat ditangguh


Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor kerana meminum arak yang sepatutnya dijalankan minggu ini ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz berkata, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak untuk menahan wanita itu sebelum dihantar ke Penjara Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Mohd. Sahfri memberitahu, JAIP telah menerima sepucuk surat daripada pejabat Peguam Negara yang menasihatkan jabatan itu agar melepaskan Kartika buat sementara waktu kerana hukuman tersebut didapati tidak sesuai untuk dijalankan sekarang.

"Hukuman itu masih kekal tetapi bagi menghormati bulan Ramadan, dia (Kartika) akan disebat selepas bulan puasa. Memang benar Kartika dibebaskan tetapi ia hanya untuk sementara waktu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Wanita itu tetap akan dibawa ke penjara tersebut untuk ditahan selama seminggu seterusnya menjalani hukuman enam sebatan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.


jongkomeng: Biasanya yang menangguhkan aktivti ni 'artis-artis' dengan tidak mengadakan konsert pada bulan Ramadhan, demi menghormati bulan Ramadhan.

1 comment: