Friday, 21 August 2009

Hanya ada 400,000 dos vaksin

BANGI - Malaysia tidak dapat membuat tempahan yang banyak untuk vaksin selesema babi atau H1N1, malah stok pertama yang dijangka tiba Oktober ini hanya 400,000 dos disebabkan persaingan sengit untuk mendapatkannya.

Bilangan dos itu dipercayai hanya mencukupi untuk para petugas barisan hadapan wabak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persaingan untuk mendapatkan vaksin H1N1 cukup sengit selepas wabak itu menyerang banyak negara.

Namun, katanya, kementerian sedang berusaha membuat tempahan susulan daripada syarikat-syarikat pengeluar.

"Kita tidak dapat buat banyak tempahan pada peringkat pertama ini kerana hakikatnya semua negara kini berebut-rebut membelinya untuk rakyat masing-masing,'' katanya kepada pemberita pada majlis Syarahan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Tiong Lai berkata, pihaknya perlu memantau keberkesanan vaksin itu terlebih dahulu sebelum digunakan.

"Jika ia berkesan, baru kita akan membuat lebih banyak tempahan,'' katanya.

jongkomeng: Dengar cerita negara2 'kaya dan kuat' menempah vaksin H1N1 sampai berbilion dos. Rupanya depa ni takut juga ya... sebagai orang Islam kita jagan lupa berdoa tambah2 lagi di bulan ramadhan al mubarak ni. Pada bulan ini Allah SWT memakbulkan doa hamba2Nya.

No comments:

Post a Comment