Thursday 20 August 2009

Motosikal dijual macam 'pisang goreng panas'


NIBONG TEBAL - Hanya dalam tempoh kira-kira setengah jam, semua 22 buah motosikal yang disita oleh polis di Seberang Perai Selatan (SPS) habis dijual dalam satu lelongan awam di Balai Polis Daerah Nibong Tebal semalam.

Kesemua motosikal dari pelbagai jenis dan model itu dijual pada harga serendah RM25 hingga RM350 sebuah.

Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata, motosikal yang dijual itu merupakan kenderaan yang tidak dituntut oleh pemiliknya walaupun tempoh yang ditetapkan telah tamat.

"Semua 22 buah motosikal ini adalah motosikal yang ditemui tanpa pemilik dan sebahagian lagi disita.

"Untuk tujuan lelongan, kita telah minta bantuan dari- pada JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk membuat penilaian motosikal berkenaan berdasarkan keadaannya," katanya di sini semalam.

Menurut Shafien, antara motosikal yang dilelong ialah dari model Modenas Kriss, Kawasaki 150cc, Yamaha 125Z, Yamaha 100, Suzuki TXR 150, Suzuki FD 110, Suzuki RU110, Honda TH 110 dan Honda C70.

Jelasnya lagi, walaupun dilelong pada harga rendah, ada di antaranya masih boleh didaftarkan semula untuk digunakan di atas jalan raya walaupun mengalami kerosakan.


jongkomeng: RM25 sebuah macm beli ikan kat pasar, patutlah 30 minit dah habis...

No comments:

Post a Comment