Wednesday 8 July 2009

PPSMI MANSUH 2012


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda mereka.

Muhyiddin berkata, Kabinet juga meluluskan cadangan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak ia dimulakan pada 2003,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.


jongkomeng: Berita ini tentu menggembirakan ramai pihak, namun tak kurang juga yang bersedih. Apa-apa pun kita mengharapkan ' jangan jadikan anak kecil sebagai bahan ujikaji'. Selepas ini kita hendaknya terus memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu, tanpa meminggirkan kepentingan bahasa inggeris, bahasa arab dan lain-lain.

3 comments:

  1. Belajar dalam bahasa apa pun, kalau kita tak berusaha gigih dan kerja keras, bangsa kita akan ketinggalan juga nanti.

    ReplyDelete