70 penghuni kuarters JKR Salak Selatan menderita
MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Rupa-rupanya bukan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 2 1/2, Jalan Cheras sahaja yang terabai malah keadaan kuarters di JKR Salak Selatan, Batu 4 1/2 di Jalan Sungai Besi di sini juga tidak kurang teruknya.
Kebanyakan pintu, bingkai tingkap, tiang dan siling rumah di kuarters itu yang dibina sejak 1950-an sudah reput dan uzur malah sebahagian besar penduduknya terpaksa 'berkongsi rumah' dengan ribuan anai-anai.
Kehadiran 'tetamu' tidak diundang itu ternyata menyusahkan penghuninya kerana ia menjadi punca pelbagai barangan perabot kayu termasuk juga pakaian mereka rosak akibat serangan serangga tersebut.
Ini memeningkan penghuni terbabit dan mereka mendakwa majikan 'lepas tangan' untuk menyelenggarakan dengan sempurna kira-kira 70 buah rumah di situ walaupun aduan sudah dibuat berulang kali.
Kosmo! difahamkan, penghuni di kuarters itu bukannya tinggal percuma tetapi dikenakan bayaran RM150 yang dipotong daripada elaun sara hidup sebanyak RM300 yang diterima setiap bulan.jongkomeng: Bila sebut hal kuarters ni, memang menyedihkan kuarters guru 'yang gah' dari luar tu pun banyak masalahnya. Bilik air bocor, air tandas melelah masuk rumah orang bawah, perabut tak cukup dan mcm2 lagi.
Sewa ? Habis semua elaun dipotong; elaun rumah, elaun cola.
Tapi ada satu kuarters yang tidak menyedihkan; kuarters Bank Negara. Berebut kakitangan Bank Negara nak masuk kuarters. Satu persoalan kenapa kuarters Bank Negara ni 'molek' dan 'special'. ?
nak tanya sikit boh,,boh ni orge bacok,jgk ko,,,kalu bachok kat mano,,kalu tak keberate lah,,ok boh deh
ReplyDeleteSAJA-SAJA SINGGAH-TENGOK PERKEMBANGAN
ReplyDelete