Wednesday 29 April 2009

YANG MANA GANAS ?

KES 1

Hentak bapa sampai mati

ALOR SETAR - Seorang bapa yang menasihati anak lelakinya supaya tidak melakukan perkara buruk maut dihentak seketul bata di kepala di Kampung Kubang Leret, Kubur Panjang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2 pagi, mangsa Idris Awang, 45, mati di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pukul 9 pagi.

Sebelum kejadian, Idris dan anak keduanya yang berusia 24 tahun berselisih faham sehingga menyebabkan mangsa menasihati anaknya supaya tidak terlibat melakukan perkara buruk.

Bagaimanapun, anak mangsa yang difahamkan penagih dadah dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan tidak berpuas hati sehingga bertindak menghentak mangsa menggunakan bata.

Anak sulung mangsa, Ismail, 28, berkata, adiknya bertindak di luar jangkaan mungkin disebabkan dia tidak dapat menerima teguran bapa mereka.

KES 2

TANAM MAYAT ANAK DI PADANG

GEORGE TOWN - Sebuah padang yang terletak di Kampung Pisang, Air Itam di sini hanyalah padang ragut yang menjadi tempat penggembala menambat lembu mereka.

Namun tiada siapa menyangka, padang tersebut menyimpan rahsia besar iaitu tempat mayat seorang kanak-kanak perempuan ditanam kira-kira tiga tahun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, penemuan mengejutkan itu adalah hasil maklumat tiga beradik perempuan yang membuat laporan polis mendakwa mereka menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual oleh bapa sendiri minggu lalu.

Menurutnya, tiga beradik yang berumur 10 hingga 14 tahun itu mendakwa mereka telah lama menjadi mangsa penderaan kepada bapa sendiri tetapi tidak tahu kepada siapa untuk mereka mengadu.

Bagaimanapun, kata beliau, kejadian itu berakhir minggu lalu apabila mereka diselamatkan oleh orang awam yang kemudiannya menghantar mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Tiga beradik itu kemudian membuat laporan polis dan selain maklumat mengenai penderaan terhadap mereka, tiga beradik itu juga mendedahkan bahawa seorang adik perempuan mereka didakwa telah didera sampai mati.

"Mereka memberitahu mayat adik mereka yang cacat sejak dilahirkan ditanam di bawah pokok pisang di padang tersebut sejak tiga tahun lalu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berikutan itu, menurut beliau, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Farlim di sini kelmarin.

Selepas itu, katanya, polis pada pukul 1 petang semalam telah pergi ke padang tersebut dan mengeluarkan satu rangka manusia dipercayai milik seorang budak.


jongkomeng: kedua-dua kes amat amat menyayat hati...kedua-duanya tidak patut berlaku. Tapi ia telah berlaku.

3 comments:

  1. Bukan ganaz doh, nak masuk kes brutal giler ni. Kecik-kecik tak mboh mampos.

    ReplyDelete
  2. Amang: He..3x relek bang...

    ReplyDelete
  3. Amang: Masa kecil ayah basuh berak dia,dah besar hempuk kepala ayah.

    anonymous: Kes macam ni xleh relek brader, 'yang berkenaan' kena buat sesuatu...

    ReplyDelete