Friday 3 April 2009

Guru berpolitik dengan bersyarat - Hishammuddin

PULAU PINANG - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan cadangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang dalam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.

"Cadangan saya itu bersyarat, semangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan UMNO, ia bermula dengan semangat guru-guru.

"Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam bahawa cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh memecahbelahkan golongan pendidik.

Hishammuddin sebelum itu mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau (RECSAM). Beliau yang juga Presiden ke-43 Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) akan melepaskan jawatan itu kepada Menteri Pendidikan Thailand Ahad ini.


jongkomeng: Memang semua orang boleh berpolitik, cuma tahap 'berpolitik' itu berbeza-beza. Ada orang setakat pergi mengundi, ada orang mengundi pun tidak. Yang peliknya ada ahli politik marah kepada 'orang lain' yang nak berpolitik, dia berpolitik tak apa....musykil2...

No comments:

Post a Comment