Thursday 9 April 2009

BUAYA GANAS TEWAS

LOS LLANOS - Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat bandar Los Llanos, Venezuela, lapor sebuah akhbar semalam.

Detik-detik itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya di sebuah kawasan berpaya di sebuah hutan di negara berkenaan.

Pada kebiasaannya, filem-filem Hollywood kerap menunjukkan adegan ular gergasi yang kerap diberi jolokan anaconda menelan manusia dan haiwan lain.

Namun, detik-detik menarik itu disaksikan sendiri oleh jurugambar yang menyaksikan pertarungan antara ular dengan buaya terbabit.

Ular gergasi tersebut berwarna hijau dan bertindak membelit buaya malang itu kerana ia tidak mempunyai bisa untuk membunuh mangsa.

Mulut ular itu yang anjal mampu untuk membaham buaya tersebut tetapi ia mengambil banyak masa untuk menelan tubuh haiwan berkenaan.

Selepas menghabiskan makanan itu, ia kemudian mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dan menghadamkan hidangan istimewa yang sudah dinikmatinya. - Agensi


jongkomeng: Itulah resamnya jangan sangka kita yang paling hebat, kerana ada lagi yang lebih hebat, ada lagi....ada lagi....dan yang paling hebat, paling berkuasa ialah ALLAH SWT

No comments:

Post a Comment