Thursday 9 April 2009

Nik Aziz selar sikap peminat



SAYA sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan,"
Begitulah keluhan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan penyokong Kelantan tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini yang diberi gelaran yang cukup baik termasuk 'bumi tadahan wahyu' yang seolah tidak seiring dengan perangai rakyatnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.

Dalam kejadian itu, penyokong Kelantan membakar sebuah trak polis dan merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium tersebut.


jongkomeng: Kalah menang adat perlawanan. Kita kena belajar menerima kekalahan. Lagipun kita tidak sentiasa akan menang, begitu juga tidak sentiasa kalah.

No comments:

Post a Comment