Thursday 23 April 2009

Takut mati di gereja

Jenazah lelaki HIV muslim diurus seperti orang bukan Islam.

BILA dapat tahu saya dijangkiti HIV positif, saya nekad untuk menjalani hidup dengan lebih positif dan mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi ke mana harus saya tuju?

"Oleh kerana tiada tempat pemulihan dan perlindungan khusus untuk pesakit HIV lelaki muslim di negara ini, kami terpaksa menumpang teduh di gereja," cerita Latif Osman, 40-an, (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal baru-baru ini.

Latif dan tujuh rakannya yang baru dua bulan ditempatkan di Baitul Fiqh, Subang, Selangor begitu lega kerana kini dia tidak lagi perlu menghuni rumah perlindungan kelolaan sebuah gereja di Selangor.

Untuk maklumat, selama ini hampir semua rumah perlindungan HIV yang dikelolakan pertubuhan bukan kerajaan atau pihak persendirian beragama Islam dikhususkan untuk pesakit HIV/ AIDS wanita.

Latif nekad untuk keluar dari rumah perlindungan sebelum ini selepas melihat seorang rakannya meninggal dunia akibat penyakit tibi. "Jenazahnya yang tidak dituntut oleh keluarganya telah diuruskan mengikut cara Kristian sedangkan dia seorang muslim," cerita Latif.

(petikan kosmo online)


jongkomeng: Sejahat mana pun seseorang manusia, mereka inginkan pengakhiran yang baik. Dalam menjalani kehidupan manusia seringkali tersalah memilih jalan. Jalan yang lurus atau jalan syaitan. Oleh itu kita dianjurkan berdoa :

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" amin.



j


4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Orang yang dapat HIV bukan semuanya jahat. Dan, kalau betulpun dia pernah jahat, bukankah Allah itu maha pengampun?
    Bukan kerja kita nak tentukan siapa masuk Syurga atau neraka. Semuanya kuasa Allah. Tok imam di masjid tu pun belum tentu lagi masuk Syurga. Bukankah semua itu hanya Allah yang tahu?
    Orang Islam kerap beri tanggapan tentang jahat atau baiknya seseorang dengan fikiran logik semata. Prejudis. Kalau macam itulah rupanya Islam yang kita anuti, sampai bila pun kita tak akan maju dan berjaya.
    Apa salahnya berikan peluang kepada orang2 yang insaf. Apa salahnya bantu mereka. Diri kita sendiri pun tidak tahu bagaimana nanti. Kalau Allah terbalikkan hati kita, tak sampai sesaat pun kita boleh terpesong kan...

    ReplyDelete
  2. anyss: Memang secara umumnya begitulah, tapi jangan sampai kita berkata " orang yang sembahyang belum tentu masuk syurga".

    Sebab kita tidak tahu macammana pengakhiran hidup kita maka kita dianjurkan berdoa sebagaimana yang saya titipkan diatas.

    Terima kasih anyss

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Sedih bila bc artikel nie. swajarnya mereka nie d'beri sokongan dan bimbingan. tapi kemana pergi nya pihak yang b'kenaan???? kerajaan? AADK? Jabatan Agama Islam? Pengasih?
    Kita yg sekadar org kecil hany mampu berdoa semoga mereka berada d'bwah lindungan Allah s.w.t. Amin..

    ReplyDelete