Thursday 2 April 2009

Rezeki guru dapat BMW 525i Sports


KUALA LUMPUR – Sejak menjadi guru kira-kira 19 tahun lalu, Norazah Ahmad, 41, tidak pernah terbayang memiliki kereta mewah.

Namun semalam, beliau sendiri tidak menyangka akan membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta BMW 525i Sports bernilai RM391,221 hasil kemenangannya dalam promosi Petronas Malaysia Grand Prix Fever.

Katanya, kemenangannya itu ‘hadiah’ kesetiaan menggunakan minyak petrol Petronas selama ini.

“Tapi tak sangka hari ini (semalam) saya dapat kereta ini. Ia mungkin berkat doa anak-anak murid saya,” ujarnya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti Tasik Gelugor, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Penyertaan promosi Petronas Malaysian Grand Prix Fever itu terbuka kepada semua pelanggan yang membuat pembelian minimum RM20 berserta penggunaan Kad Mesra dan pemenang dipilih secara rawak.

Seorang lagi pemenang, Selvanathan Ramu, 46, pula turut terkejut sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang utama bersama Norazah dan turut membawa pulang sebuah kereta BM

jongkomeng: Bertuah badan, kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu. Bergaya sakan kak zah dengan BMnya tu....

2 comments:

  1. Pok Mae hari-hari isi minyak Petronas....guna kad mesra, tapi tak dok rezeki weeeeeehhhhhh.

    ReplyDelete
  2. Ambo pun....tahun depan petronas buat lagi kut..

    ReplyDelete