Tuesday 28 April 2009

PONTENG SEKOLAH: BUKAN PERKARA BARU

Arahan semak kedatangan

KUANTAN – Jabatan Pelajaran negeri semalam mengarahkan semua sekolah terutama yang berdekatan dengan pantai Teluk Chempedak agar menyemak rekod kehadiran pelajar bagi mengesan mereka yang kerap ponteng sekolah.

Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff yang terkejut dengan gejala tersebut seperti yang dipaparkan Kosmo! semalam menegaskan, pihaknya memandang serius gejala itu.

Tambahnya, arahan itu bukan sahaja ke atas sekolah-sekolah berhampiran dengan pantai tersebut tetapi juga sekitar bandar ini.

Mengikut prosedur sedia ada katanya, jika kekerapan tidak hadir ke sekolah mencapai tujuh hari, ibu bapa harus dipanggil bersemuka dengan pihak sekolah manakala jika genap 40 hari tanpa alasan munasabah, pelajar itu akan dibuang sekolah.

Antara sekolah yang terletak berhampiran dengan pantai tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Abdul Rahman Talib; SM Abu Bakar; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih; SMK Alor Akar dan SM Teknik Kuantan.

Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai sekumpulan 15 pelajar sekolah menengah termasuk beberapa pelajar perempuan menjadikan pantai Teluk Chempedak di sini sebagai lokasi ponteng.

Ada antara mereka dilihat berpeluk-pelukan ketika mandi-manda tanpa segan-silu di hadapan pengunjung pantai itu.

Menurut Abdul Aziz, jika pihak sekolah telah mengenal pasti pelajar terbabit, tindakan tegas perlulah diambil termasuk memanggil ibu bapa mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.


jongkomeng: Amalan ponteng sekolah bukan perkara baru, malah ia telah berlaku semenjak tahun 80an lagi. Cuma yang berbeza ialah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar2 yang ponteng.

Dulu aktivitinya mungkin tidak 'seganas' aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sekarang. Mereka sekadar menghisap rokok, curi buah rambutan dsb.

Namun pelajar sekarang dah 'maju' jadi aktiviti mereka pun 'pelik2'.

Apabila ditanya kepada pelajar mengapa mereka ponteng "cikgu tak best" jawab mereka. Cikgu juga yang salah, mereka tak salah....

2 comments:

  1. Bro..tak ganaz lagi 2. Tempat ambo budak2 ponteng sekolah sebab nak curi buah relai(kelapa sawit).

    Hari Ahad, Selasa & khamis memang wojib doh dok maghi sekolah. Kadang2 tak maghi langsung pun ada.

    Kalau hari Selasa lagi best alasan diaorang. MALAS NAK KAWAD TAKUT HITAM..

    Moralnya: Kalau nak ponteng, baik duk rumah je. Kalu kantoi buat susoh adala..

    ReplyDelete
  2. amang: Kalu 'curi' buah relai kat ldg bapak dia tak apa. Ldg orang lain pun dibelasahnya...itulah hidup tak berkat..makan hasil tak baik.

    ReplyDelete