Thursday 16 April 2009

MEMILIH JALAN YANG LURUS

CERITA 1

Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank Negara Malaysia.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang Fizik Islam.

“Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.

“Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam,” katanya.

Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.

Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai pengajaran dalam hidup.

Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP, Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan.


CERITA 2

Ponteng tuisyen untuk dicabul

KUALA TERENGGANU – Keprihatinan seorang guru melawat rumah pelajar perempuan yang tidak hadir ke kelas tuisyen Matematik Tambahan pada Isnin lalu telah membongkar punca sebenar dia ponteng.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Mohd. Fauzi Abduri berkata, apabila mendapati pelajar itu tiada di kelas, guru tersebut berkunjung ke rumahnya di Kampung Amer, Besut kira-kira pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, keluarga pelajar itu hairan apabila diberitahu anak mereka tidak hadir sedangkan ibunya sendiri menghantar dan menjemput pelajar itu di sekolah.

“Apabila didesak ahli keluarga, barulah pelajar itu mengaku dia keluar dengan teman lelakinya selepas ditinggalkan ibunya di sekolah pukul 8.30 malam,” katanya ketika ditemui dekat sini semalam.

Menurut beliau, mangsa bertemu teman lelakinya yang menunggu di luar pagar sekolah sebelum pasangan itu keluar bersiar-siar di Kampung Gong Nangka, Besut.

Apa yang lebih mengaibkan, kata Mohd. Fauzi lagi, pelajar itu turut memberitahu keluarganya bahawa dia telah merelakan dirinya dicabul oleh teman lelakinya pada malam itu.


jongkomeng: Manusia diberi pahala dan dosa, syurga dan neraka, berdasarkan perlakuan dan usaha manusia itu sendiri.

4 comments:

  1. Kalau tak salah Madihah tu anak kelantan...Alhamdulillah gitu lah negeri yang diberkati

    ReplyDelete
  2. kalau adun suka ponteng untuk alasan yang cukup 'bengong', rakyat apatah lagi. ponteng untuk buat benda bengong jugok.

    ReplyDelete
  3. Setahu ambo, kat Jordan ni dop rajin lagi ado budok melayu ambik course fizik. kalu bank negara betul2 nok tulung, baguhlah. tapi keno ado follow-up sokmolah, kalu dop, nayo la ko dio soghe2 keno blaja fizik ssini..

    sorry ado slang budu skit..

    ReplyDelete
  4. Mat Klate: Betul tu, adik Madihah adalah pelajar SMA Maahad Muhammadi (P)

    Cikli: Gitulah, kata orang 'bapa borek anak rintik'

    Faiz: Ada jgk bau budu sikit2 he..he...

    ReplyDelete