Friday 17 April 2009

LELONG DARA ??

Dara gadis kolej dapat bidaan lebih RM29,516

BERLIN - Seorang pelajar wanita yang menjual dara di Internet menyatakan bahawa tiga pembida telah membuat tawaran melebihi AS$8,161 (RM29,516), lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar perempuan itu, Alina Percea yang menuntut di Jerman pernah digugurkan daripada disenaraikan dalam satu laman web selepas seorang bekas gurunya berasa ragu bahawa dia masih mempunyai dara.

Namun, Percea yang berumur 18 tahun mendakwa perang bidaan itu bermula selepas seorang doktor mengisytiharkan bahawa beliau masih dara.

Seorang pakar sakit puan, Dr. Jan Lenkiewicz, 63, membuat pengesahan selepas melakukan beberapa pemeriksaan dengan berkata: "Memang, dia masih dara."

Percea melelong dara di Internet bagi memperoleh wang sebanyak AS$74,194 (RM268,346) bagi membiayai pembelajarannya di kolej.

"Saya mahu hubungan seks saya yang pertama adalah istimewa. Justeru, saya enggan untuk terburu-buru mencari pasangan." - Agensi


jongkomeng: Nampaknya 'dara' masih ada nilai dalam masyarakat barat, cuma dinilai dengan wang ringit. 'Kegilaan' manusia ni bermacam2 fesyen / jenis.




4 comments:

  1. apa ni pak mat jual dara.hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau bab 'Dara' nilah saya mesti teringat pepatah Samy Vellu. Jangan Hisap Dada, Dermalah DARA.Jadi agak kontralah ekk. Samy suruh derma, tp kes diatas perlukan bidaan...

    ReplyDelete
  3. Pada saya , tiada lelucon pada isu ini. Apa yang ada kesedihan yang amat sangat...

    ReplyDelete
  4. Tima kasih kepada abe2 yang sudi beri komeng

    ReplyDelete