Sunday 26 April 2009

Cuti bersalin dua minggu lebih awal

KUALA LUMPUR - Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun, ia akan ditolak daripada jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru itu berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. - Bernama


jongkomeng: Sepatutnya hal ini telah lama dilaksanakan, walaubagaimana pun ambo sokong sangat hal cuti awal ni. Memang kesian kepada kaum ibu kita yang 'terboyot2' pergi kerja, ada yang bersalin dalam bas, dalam kereta, atas kapal terbang....

Kalau cuti lebih awal dapatlah 'bakal2 ibu' ni berehat kat rumah sementara menunggu hari bersalin.

3 comments:

  1. ganas juga blog mu pok mat

    ReplyDelete
  2. saing kawe mujur wife dia tak terberanak di pulau jah.
    maklumlah wife mengajar kat pulau, husband kerja kat darat. Pulau Gaya beb.

    ReplyDelete
  3. Anonymous: Dok ganah mana...ganah ni, jumpa ore tepi jln..bagi penampar sebutir...

    Cikli: itullah untung ngajar pulau gaya...ngajar di pulau..boleh ulang alik dari dari darat..alhamdulillah

    ReplyDelete