Thursday 9 April 2009

Bahan najis dalam ubat jantung

kosmo online 9/4/2009

KUALA LUMPUR - Pesakit jantung dalam kalangan orang Islam dilanda dilema apabila dua jenis ubat yang dianggap paling mujarab dan popular bagi rawatan mencairkan darah saluran tersumbat mengandungi porcine atau unsur babi.

Kedua-dua ubat cecair itu telah digunakan secara meluas dan lazimnya disuntik serta-merta ke atas mangsa kes serangan jantung.

Bagaimanapun, pesakit beragama Islam mempunyai pilihan untuk menggunakan sejenis ubat yang disuntik ke pembuluh darah, cuma ia kurang berkesan serta ada kesan sampingan.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Haizal Haron Kamar, beliau akan memaklumkan terlebih dahulu kepada pesakit terutama yang beragama Islam mengenai pengunaan dua ubat tersebut.

Ulasan Ulama

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelaskan, Islam telah menetapkan dengan jelas bahawa setiap benda yang mengandungi unsur najis berat seperti anjing dan babi adalah haram.

"Bagaimanapun, pada waktu darurat, ia boleh diambil bagi mengelak kesan buruk kepada seseorang atau menyebabkan kematian,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah pula bertegas bahan yang mempunyai unsur babi tetap haram.

"Benda haram tetap haram, kalau sesuatu benda itu ada unsur babi memang ia tidak boleh diambil,'' jelasnya.

Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) juga telah mengeluarkan garis panduan khusus pengambilan ubat-ubatan dalam laman webnya.

Menurut garis panduan tersebut, ubat yang dikategorikan sebagai halal bukan sahaja tidak mengandungi bahan haram tetapi juga keseluruhan proses penghasilannya mesti bebas daripada bahan dan alat yang najis.




4 comments:

  1. Pandangan Mufti Perak adalah benar. Darurat mengharuskan perkara terlarang dalam perubatan.

    ReplyDelete
  2. Aku pun setuju dengan Datuk Seri Harussani tu, tak kan lah masa2 kritikal ataupun tengah nazak tu, terkial2 nak cari logo halal.

    ReplyDelete
  3. Kawe pun setuju, tima kasih...

    ReplyDelete
  4. Saya lagi la setuju dengan pendapat tu...

    ReplyDelete