Monday 26 January 2009

Tolak jodoh ustaz

Oleh HISHAM IDRIS dan NURUL IZZA ROSLYberita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Tolak ustaz untuk pilih lelaki Bangladesh!
Itulah pengakuan pelajar tahun tiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, (gambar) kepada bekas majikannya sebelum dia menghilangkan diri.
Pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Hamdan itu berkata, Nor Syuhada yang bekerja sebagai juruwang pernah mengadu dia akan dijodohkan dengan rakan abangnya yang sama-sama menuntut di Mesir tetapi gadis itu menolak mentah-mentah pilihan keluarganya itu.
Hamdan memberitahu, Nor Syuhada begitu menyukai Rauf dan apabila ditunjukkan gambar, lelaki itu kelihatan kacak bagaikan pelakon Bollywood.
“Saya juga lihat dia tidak lekang dengan telefon bimbit untuk hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) walaupun ketika berada di kaunter juruwang,” kata Hamdan.
Sementara itu, dua minggu sebelum melarikan diri dengan Rauf, Nor Syuhada pernah memberitahu rakan karibnya bahawa dia mahu mengahwini lelaki tersebut.

jongkomeng: Pada zaman sebelum sekarang, 'para bapa' berebutkan ustaz nak dijadikan menantu. 'Para gadis' tersipu malu bila berdepan ustaz. Namun zaman dah berubah.........

4 comments:

  1. salam,

    ambo rasa bukan masalah hensem sangat ni.
    ni masalah pandai mengayat. sms ayat power cair la budak tu.

    ntahlah. mengaji kat uia.

    ReplyDelete
  2. org skrg bukan kira ustaz ke penagih dadah ke apa ke tapi kira asal jatuh cinta sudah..jenis ikut sgt nafsu cinta..jnis nak jauh dari agama..dah gila bollywood abis nak bollywood..padahal bgladesh tu dkt dgn india..bollywood tu india jgk..byk kes yg berlaku slama nipun tak sedar2 jgk..kalau kata bodo marah..kalau kata tak cerdik..tak sedar diri pulak..payah manusia ni..

    ReplyDelete
  3. ish ish..budok tu..bangla tu kawe dok dekat pun tokleh,bau jebak busuk banga,lagu mano la bulih nok...bengong doh budok tu.

    ReplyDelete
  4. add semula weh blog ambo tu..ado tok keno tu tubik feedburner tu..

    ReplyDelete